Loading...

Penganalisis Jenayah: Segelintir Penguatkuasa Sudah Lama ‘Payung’ Pusat Judi Di Negara Ini !

Loading...
Penganalisis Jenayah: Segelintir Penguatkuasa Sudah Lama ‘Payung’ Pusat Judi Di Negara Ini ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penganalisis Jenayah: Segelintir Penguatkuasa Sudah Lama ‘Payung’ Pusat Judi Di Negara Ini !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penganalisis Jenayah: Segelintir Penguatkuasa Sudah Lama ‘Payung’ Pusat Judi Di Negara Ini !
link : Penganalisis Jenayah: Segelintir Penguatkuasa Sudah Lama ‘Payung’ Pusat Judi Di Negara Ini !

Baca juga


Penganalisis Jenayah: Segelintir Penguatkuasa Sudah Lama ‘Payung’ Pusat Judi Di Negara Ini !

 

KUALA LUMPUR: Segelintir penguatkuasa dikesan sudah lama menjadi “pelindung” kepada premis perjudian menyebabkan kegiatan itu masih berleluasa.

Penganalisis jenayah Sahul Hamid Abdul Rahim berkata, disebabkan itu masalah berkenaan seolah-olah tiada penghujung malah semakin banyak premis baru muncul dan dijadikan lokasi untuk kegiatan perjudian.

“Faktor menjadi ‘pelindung’ ini menjadi punca yang menghalang tindakan penghapusan kewujudan premis perjudian.

“Kelemahan dari segi integriti dan amanah dalam kalangan pasukan penguatkuasa menjadikan mereka (sindiket perjudian) semakin bermaharajalela menjalankan operasi,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Sahul berkata, imbuhan lumayan yang diberikan oleh sindiket perjudian juga menjadi faktor premis berkenaan kebal.

“Sebenarnya, kegiatan ini boleh dihapuskan, banyak maklumat boleh didapati, namun segelintir pegawai penguatkuasa yang tidak berintegriti menyebabkan premis ini masih beroperasi.

“Penguatkuasaan perlu tegas dan serius untuk membanteras kegiatan ini daripada berleluasa. Jangan ikut musim sahaja (penguatkuasaan), buat pemantauan secara serius dan mengambil tindakan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pengarah penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berhubung kes melindungi perniagaan haram dan perjudian di Sungai Buloh hari ini.

Terdahulu, 3 penguatkuasa MBSA direman 6 hari kerana disyaki menjadi sebahagian daripada sindiket sama hari ini, selepas 5 penguatkuasa dan seorang peniaga direman 7 hari Rabu lalu. #sumber



Demikianlah Artikel Penganalisis Jenayah: Segelintir Penguatkuasa Sudah Lama ‘Payung’ Pusat Judi Di Negara Ini !

Sekianlah artikel Penganalisis Jenayah: Segelintir Penguatkuasa Sudah Lama ‘Payung’ Pusat Judi Di Negara Ini ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penganalisis Jenayah: Segelintir Penguatkuasa Sudah Lama ‘Payung’ Pusat Judi Di Negara Ini ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/penganalisis-jenayah-segelintir.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Penganalisis Jenayah: Segelintir Penguatkuasa Sudah Lama ‘Payung’ Pusat Judi Di Negara Ini !"

Catat Ulasan

Loading...