Loading...

Penganalisis Politik: Pilihan Raya Kecil DUN Slim Wadah Pejuang Untuk 'Test Market'

Loading...
Penganalisis Politik: Pilihan Raya Kecil DUN Slim Wadah Pejuang Untuk 'Test Market' - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penganalisis Politik: Pilihan Raya Kecil DUN Slim Wadah Pejuang Untuk 'Test Market', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penganalisis Politik: Pilihan Raya Kecil DUN Slim Wadah Pejuang Untuk 'Test Market'
link : Penganalisis Politik: Pilihan Raya Kecil DUN Slim Wadah Pejuang Untuk 'Test Market'

Baca juga


Penganalisis Politik: Pilihan Raya Kecil DUN Slim Wadah Pejuang Untuk 'Test Market'

 

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim menjadi medan ujian kumpulan Tun Dr Mahathir Mohamad menguji sambutan orang ramai terhadap parti baharu mereka.

Penganalisis Politik dan Media Sosial dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Sara Chinnasamy, berkata ini adalah satu perkembangan politik baru negara selepas Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran selama enam bulan.

Katanya, beliau melihat usaha parti kumpulan Dr Mahathir yang dikenali PEJUANG itu sebagai 'test market'.

"Dr Mahathir sudah mempunyai pengikut tetap yang mana keadaan ini akan membuatkan undi orang Melayu berpecah. Kerusi ini dilihat panas dan bakal juga memberikan saingan hebat kepada calon Barisan Nasional (BN) sebagai cara menunjukkan parti itu ada sokongan.

"Ini percubaan pertama kumpulan Dr Mahathir menggunakan parti baru ini sebagai tiket untuk bertanding supaya rakyat buat penilaian melalui PRK," katanya mengulas kemungkinan pertandingan dua penjuru untuk PRK Slim pada 29 Ogos ini.

PRK DUN Slim diadakan susulan kematian Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, pada 15 Julai lalu.

Kelmarin, kumpulan penyokong Dr Mahathir menamakan peguam syarie, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, sebagai calon manakala BN menamakan pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz.

Mengulas lanjut, Sara berkata, tindakan parti kumpulan Dr Mahathir adalah lebih kepada cubaan bersekongkol dengan blok pembangkang.

"Maka saya rasa rakyat membuat penilaian dan memilih yang terbaik," katanya sambil menambah BN tidak harus berasa selesa sehingga mengambil mudah saingan kali ini.

"Ini satu ujian buat PN kerana matlamat parti-parti pembangkang adalah menentang kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan PN," katanya.

Mengenai kemungkinan PH bakal meletakkan calon pada hari penamaan calon, Sara berkata, PH mungkin tidak meletakkan calon kerana matlamat mereka adalah sama dengan parti PEJUANG.

Dengan matlamat yang sama katanya PH percaya usaha itu dapat menguatkan strategi pembangkang.

"Jika mereka meletakkan calon PH maka ini akan menyebabkan PH berpecah kerana pada masa ini PEJUANG dikatakan sedang berunding dengan PKR.

"Semua sudah maklum bahawa kem Dr Mahathir ada masalah dengan PKR kerana isu penentuan siapa yang akan jadi Perdana Menteri.

"Jika isu ini tidak timbul sebenarnya PH lebih kuat," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Penganalisis Politik: Pilihan Raya Kecil DUN Slim Wadah Pejuang Untuk 'Test Market'

Sekianlah artikel Penganalisis Politik: Pilihan Raya Kecil DUN Slim Wadah Pejuang Untuk 'Test Market' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penganalisis Politik: Pilihan Raya Kecil DUN Slim Wadah Pejuang Untuk 'Test Market' dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/penganalisis-politik-pilihan-raya-kecil.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penganalisis Politik: Pilihan Raya Kecil DUN Slim Wadah Pejuang Untuk 'Test Market'"

Catat Ulasan

Loading...