Judul : Polis Berjaya Tumpaskan ‘Geng Y-Suku’ Yang Aktif Meragut Sekitar Kuantan
link : Polis Berjaya Tumpaskan ‘Geng Y-Suku’ Yang Aktif Meragut Sekitar Kuantan
Polis Berjaya Tumpaskan ‘Geng Y-Suku’ Yang Aktif Meragut Sekitar Kuantan
KUANTAN - Tidak sampai dua bulan aktif dalam kegiatan curi, samun dan ragut di sekitar daerah ini yang melibatkan kerugian sekitar RM15,000, ‘Geng Y-Suku’ tumpas selepas polis menahan enam individu termasuk dua pasang kekasih yang dipercayai terbabit dalam jenayah itu pada Ahad dan Isnin lepas.
Pada sidang media mengenai kes itu hari ini, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata kesemua suspek, berusia 23 hingga 29 tahun, diberkas menerusi Op Rentap yang dijalankan di tiga lokasi di daerah ini dan Maran.
"Dua suspek pertama ditahan di tepi jalan Permatang Badak di sini pada 9.30 malam Ahad lalu, membawa kepada penahanan sepasang kekasih di sebuah rumah inap desa di Indera Mahkota , di mana kita turut menemukan beberapa barangan dipercayai hasil kegiatan ragut.
"Serbuan kedua di sebuah hotel bajet di bandar Jengka, Maran pada 1.30 tengah hari Isnin pula membawa kepada penahanan sepasang lagi kekasih selain penemuan barangan kes lain," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.
Mohamad Noor berkata polis percaya penahanan kesemua suspek membantu menyelesaikan 11 kes samun, selain lima cubaan samun dan empat kes curi motosikal yang disyaki digunakan untuk melakukan jenayah tersebut yang dipercayai bermula bulan lepas.
Suspek dari Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Kelantan serta tidak mempunyai pekerjaan tetap itu juga disyaki terlibat dalam kegiatan curi dan ragut melibatkan empat mangsa dalam tempoh 30 minit, Ahad lepas.
"Kejadian pertama dilaporkan berlaku pada 12.15 tengah hari apabila suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dipercayai dicuri, meragut seorang wanita di laluan masuk perumahan Taman Putih Baru dengan melarikan seutas gelang tangan emas manakala di Bukit Setongkol melibatkan seorang penunggang motosikal wanita yang kerugian seutas rantai dan cincin yang dijadikan loket.
"Mangsa seterusnya ialah pejalan kaki lelaki yang disamun semasa hendak ke keretanya di Jalan Tun Ismail melibatkan kehilangan beg berisi wang tunai RM3,000 manakala mangsa keempat ialah wanita yang menunggang motosikal berhampiran pusat beli-belah di sini," katanya.
Mohamad Noor berkata siasatan mendapati lima daripada suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.
Semua mereka kini direman hingga esok bagi membantu siasatan menurut beberapa seksyen di bawah Kanun Keseksaan, antaranya Seksyen 379A kerana mencuri kenderaan, Seksyen 394 kerana menyamun, Seksyen 392 kerana merompak dan Seksyen 393 kerana cuba merompak. #sumber
Demikianlah Artikel Polis Berjaya Tumpaskan ‘Geng Y-Suku’ Yang Aktif Meragut Sekitar Kuantan
Anda sekarang membaca artikel Polis Berjaya Tumpaskan ‘Geng Y-Suku’ Yang Aktif Meragut Sekitar Kuantan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/polis-berjaya-tumpaskan-geng-y-suku.html
0 Response to "Polis Berjaya Tumpaskan ‘Geng Y-Suku’ Yang Aktif Meragut Sekitar Kuantan"
Catat Ulasan