Loading...

Polis: Suri Rumah 59 Tahun Rugi RM75,000 Di Perdaya Scammer Menyamar 'Inspektor Fauzi'

Loading...
Polis: Suri Rumah 59 Tahun Rugi RM75,000 Di Perdaya Scammer Menyamar 'Inspektor Fauzi' - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis: Suri Rumah 59 Tahun Rugi RM75,000 Di Perdaya Scammer Menyamar 'Inspektor Fauzi', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis: Suri Rumah 59 Tahun Rugi RM75,000 Di Perdaya Scammer Menyamar 'Inspektor Fauzi'
link : Polis: Suri Rumah 59 Tahun Rugi RM75,000 Di Perdaya Scammer Menyamar 'Inspektor Fauzi'

Baca juga


Polis: Suri Rumah 59 Tahun Rugi RM75,000 Di Perdaya Scammer Menyamar 'Inspektor Fauzi'

 

KUANTAN - Seorang suri rumah kerugian RM75,000 akibat ditipu oleh dua individu yang menyamar sebagai kakitangan pos laju dan polis.

Mangsa berusia 59 tahun diperdaya kononnya terlibat dalam kes pengubahan wang haram sehingga mendorongnya membuat bayaran seperti diarahkan bagi mengelak ditangkap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa terjerat perangkap 'scammer' itu selepas menerima panggilan daripada seorang lelaki menyamar sebagai kakitangan pos laju, pada 17 Julai lalu.

Menurutnya, mangsa dimaklumkan berhubung bungkusan atas namanya yang dikirim ke Sabah dan mengandungi kad pengenalan serta kad bank yang mencurigakan.

"Mangsa menafikan kaitannya dengan bungkusan tersebut sebelum panggilan disambung kepada seorang anggota polis berpangkat sarjan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah untuk semakan.

"Hasil semakan, anggota polis terbabit mendakwa mangsa dikehendaki kerana terlibat dengan kes pengubahan wang haram dan dirujuk kepada pegawai polis berpangkat inspektor untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Mohd Wazir berkata, pegawai polis berkenaan yang menggunakan nama Inspektor Fauzi mengarahkan mangsa membuat bayaran dalam jumlah yang ditetapkan bagi mengelak ditangkap.

"Bimbang dikenakan tindakan undang-undang, mangsa akur dengan arahan itu apabila membuat 15 transaksi bayaran dengan jumlah keseluruhan RM75,000 ke tiga akaun bank atas nama individu berbeza, pada 27 Julai lalu.

"Selepas bayaran dibuat, mangsa sedar dia telah ditipu sebelum tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan, semalam. Polis kini sedang mengesan tiga lelaki pemilik akaun bank yang digunakan dalam kes itu bagi membantu siasatan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. #sumber



Demikianlah Artikel Polis: Suri Rumah 59 Tahun Rugi RM75,000 Di Perdaya Scammer Menyamar 'Inspektor Fauzi'

Sekianlah artikel Polis: Suri Rumah 59 Tahun Rugi RM75,000 Di Perdaya Scammer Menyamar 'Inspektor Fauzi' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis: Suri Rumah 59 Tahun Rugi RM75,000 Di Perdaya Scammer Menyamar 'Inspektor Fauzi' dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/polis-suri-rumah-59-tahun-rugi-rm75000.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Polis: Suri Rumah 59 Tahun Rugi RM75,000 Di Perdaya Scammer Menyamar 'Inspektor Fauzi'"

Catat Ulasan

Loading...