Loading...

PPNP Gesa Kerajaan Negeri Pahang Ambil Alih Semua Tanah Haram Yang Telah Di Teroka

Loading...
PPNP Gesa Kerajaan Negeri Pahang Ambil Alih Semua Tanah Haram Yang Telah Di Teroka - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PPNP Gesa Kerajaan Negeri Pahang Ambil Alih Semua Tanah Haram Yang Telah Di Teroka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PPNP Gesa Kerajaan Negeri Pahang Ambil Alih Semua Tanah Haram Yang Telah Di Teroka
link : PPNP Gesa Kerajaan Negeri Pahang Ambil Alih Semua Tanah Haram Yang Telah Di Teroka

Baca juga


PPNP Gesa Kerajaan Negeri Pahang Ambil Alih Semua Tanah Haram Yang Telah Di Teroka

 

KUANTAN: Semua tanah milik kerajaan negeri yang diteroka secara haram untuk pertanian, perumahan mahupun sektor perindustrian perlu diambil kembali demi memacu kegemilangan negeri ini khususnya dari sudut pembangunan ekonomi.

Pengerusi Pertubuhan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (PPNP), Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir berkata, isu penerokaan tanah secara haram yang berleluasa telah mengalirkan banyak wang keluar yang sepatutnya menjadi hasil kerajaan negeri.

"PPNP menyokong tindakan kerajaan Pahang mewujudkan syarikat tujuan khas (SPV) bagi menyelesaikan isu ladang durian haram di Raub.

"Itu merupakan hak kerajaan negeri dan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengambil tindakan," katanya di sini hari ini.

Pada 1 Ogos lalu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Salehuddin Ishak memaklumkan bahawa penerokaan tanah secara haram bagi penanaman durian menyebabkan kerajaan negeri mengalami kerugian kira-kira RM30 juta dalam tempoh 10 tahun akibat kehilangan hasil cukai tanah.

Susulan itu, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang dalam satu kenyataan pada 10 Ogos lalu menyatakan kerajaan Negeri akan bertegas dalam menangani isu penanaman durian haram di Raub memandangkan terdapat bukti pembukaan tanah haram untuk tanaman durian yang terus bertambah di kawasan Sungai Ruan dan Sungai Chalit, Raub.

Zuhairi berkata, penyelesaian terbaik perlu dilaksanakan kerajaan negeri seperti memberikan kelulusan kepada mereka yang sedia ada dan benar-benar layak serta telah terbukti menjalankan kerja dan projek dengan berjaya.

"Ini perkara yang lebih baik untuk diberi fokus daripada terus menawarkan kelulusan pada syarikat-syarikat yang belum tentu betul-betul mampu melaksanakan projek.

"Kerajaan negeri juga boleh memberi kelulusan namun dalam masa sama meletakkan beberapa syarat seperti pihak terlibat (pencerobohan) perlu membayar denda yang setimpal atas kesalahan, kemudiannya meminta mereka menjelaskan premium, sewaan atau pemilikan sementara tanah, membayar cukai dan mengutip hasil tahunan.

"Saya percaya usaha berkenaan lebih berkesan dan terjamin untuk menangani isu ekonomi di negeri ini malah membayar balik hutang piutang yang ditanggung oleh kerajaan negeri," katanya. #pahangdaily



Demikianlah Artikel PPNP Gesa Kerajaan Negeri Pahang Ambil Alih Semua Tanah Haram Yang Telah Di Teroka

Sekianlah artikel PPNP Gesa Kerajaan Negeri Pahang Ambil Alih Semua Tanah Haram Yang Telah Di Teroka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PPNP Gesa Kerajaan Negeri Pahang Ambil Alih Semua Tanah Haram Yang Telah Di Teroka dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/ppnp-gesa-kerajaan-negeri-pahang-ambil.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PPNP Gesa Kerajaan Negeri Pahang Ambil Alih Semua Tanah Haram Yang Telah Di Teroka"

Catat Ulasan

Loading...