Loading...

Presiden PAS Seru Pengundi Pilihan Raya Kecil DUN Slim Supaya Mengundi Calon BN

Loading...
Presiden PAS Seru Pengundi Pilihan Raya Kecil DUN Slim Supaya Mengundi Calon BN - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Presiden PAS Seru Pengundi Pilihan Raya Kecil DUN Slim Supaya Mengundi Calon BN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Presiden PAS Seru Pengundi Pilihan Raya Kecil DUN Slim Supaya Mengundi Calon BN
link : Presiden PAS Seru Pengundi Pilihan Raya Kecil DUN Slim Supaya Mengundi Calon BN

Baca juga


Presiden PAS Seru Pengundi Pilihan Raya Kecil DUN Slim Supaya Mengundi Calon BN

 

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengimbas iktibar penting betapa pergaduhan dan perpecahan bangsa dalam negara ini yang seperti berlaganya lesung dan alu telah mengenyangkan ayam.

Sebaliknya kemuka beliau, apabila pergaduhan dihentikan dan kemudian bersatu, kejayaan telah dapat dicapai sebagaimana PAS dan BN dalam penyertaannya pada Pilihan Raya Kecil selepas daripada PRU14.

“Kali yang pertama, Sungai Kandis belum lagi, baru gear satu. Masuk gear dua, gear tiga, alhamdulillah. Kita sapu semua. Saya yakin dan percaya, pengundi Slim ini akan sapu insya-Allah. Akan buat perubahan.

“Walaupun pilihan raya ini Pilihan Raya Kecil, Slim, maknanya sangat besar untuk kita hadapi Pilihan Raya Umum. Orang Slim kena sedar ini bukan pilihan raya dia, pilihan raya seluruh Malaysia.

“Undi Slim menjadi penentu Pilihan Raya Umum yang ke-15. Lepas ini Sabah, kita akan bekerja. Dengan sebab itu saya mengharapkan supaya pengundi-pengundi Slim ini buat perubahan bersama Muafakat Nasional yang telah kita bentuk pada hari ini,” serunya pada ceramah sempena PRK DUN N.58 Slim di Slim River, Tanjung Malim, di sini.

Menurutnya, walaupun yang bertanding adalah calon BN, tetapi mewakili semua iaitu Muafakat Nasional, termasuk BERSATU, Perikatan Nasional, termasuk MCA, MIC, dan lain-lain.

Jelasnya, gabungan itu mengambil parti-parti terlibat dalam Kontrak Sosial ketika mencapai kemerdekaan, berbanding parti yang tahu bagaimana perjuangan kemerdekaan dan menubuhkan negara masyarakat majmuk yang belum sempurna.

Katanya, Pakatan Harapan adalah parti-parti yang terlalu baharu dan tidak menghayati Kontrak Sosial dibina Perlembagaan Malaysia hingga menimbulkan kecelaruan dan tidak ada perubahan dibuat.

“Kita nak buat perubahan, kita nak undi calon kita Muafakat Nasional, simbol kita dacing. Orang PAS jangan berbulu mata tengok dacing, itu dulu. Itu dulu. Sekarang ini kita sudah bersama, dulu. Apa sahaja simbol, kita bersama, kita dukung bersama,” ujarnya.

Beliau menamatkan ceramahnya dengan menyampaikan tiga rangkap pantun:

Sama-sama angkat baldi,
Kita isi buah berangan,
Jangan silap memangkah undi,
Nanti menyesal masa berpanjangan.

Tangan dihulur tangan berjabat,
Supaya kita makin dekat,
Calon kita calon hebat,
Sama-sama kukuh muafakat.

Kita muafakat sama membajak,
Sama minum satu perigi,
Pengundi Slim orangnya bijak,
Jangan silap pangkah undi.

#sumber



Demikianlah Artikel Presiden PAS Seru Pengundi Pilihan Raya Kecil DUN Slim Supaya Mengundi Calon BN

Sekianlah artikel Presiden PAS Seru Pengundi Pilihan Raya Kecil DUN Slim Supaya Mengundi Calon BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Presiden PAS Seru Pengundi Pilihan Raya Kecil DUN Slim Supaya Mengundi Calon BN dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/presiden-pas-seru-pengundi-pilihan-raya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Presiden PAS Seru Pengundi Pilihan Raya Kecil DUN Slim Supaya Mengundi Calon BN"

Catat Ulasan

Loading...