Loading...

Projek Terowong Dasar Laut : Lim Guan Eng Di Dakwa Lagi Tuduhan Rasuah

Loading...
Projek Terowong Dasar Laut : Lim Guan Eng Di Dakwa Lagi Tuduhan Rasuah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Projek Terowong Dasar Laut : Lim Guan Eng Di Dakwa Lagi Tuduhan Rasuah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Projek Terowong Dasar Laut : Lim Guan Eng Di Dakwa Lagi Tuduhan Rasuah
link : Projek Terowong Dasar Laut : Lim Guan Eng Di Dakwa Lagi Tuduhan Rasuah

Baca juga


Projek Terowong Dasar Laut : Lim Guan Eng Di Dakwa Lagi Tuduhan Rasuah

 

BUTTERWORTH -- Susulan kontroversi projek terowong dasar laut yang menjadi perhatian sejak beberapa tahun lalu, bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini didakwa lagi atas pertuduhan rasuah membabitkan  projek itu yang bernilai RM6.3 bilion.

Kali ini bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth.

Jumaat lepas Lim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu sebuah syarikat dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Hari ini Lim, 60, turut membuat pengakuan tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan Lim, semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, didakwa telah menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya wang berjumlah RM3,300,000 sebagai tindakan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dilantik untuk melaksanakan projek itu yang bernilai RM6,341,383,702.

Zarul merupakan Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd.

Sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid, Lim yang memakai sut  hitam berkata "tidak bersalah".

Mahkamah membenarkan Lim diikat jamin mengguna pakai wang sama RM1 juta dalam kesnya  di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Hakim itu turut mengarahkan kes Lim di Pulau Pinang dibicarakan bersama dengan kes rasuahnya di Mahkamah Sesyen  Kuala Lumpur selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Akram Gharib untuk memindahkan kes itu di Kuala Lumpur dan dibicarakan bersama kerana ia melibatkan transaksi sama.

Terdahulu, Ahmad Akram dalam permohonannya berkata tertuduh telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Jumaat lalu dan pertuduhan tersebut berkait rapat  dengan pertuduhan yang dihadapi Lim hari ini.

"Kedua-dua kesalahan  yang dipertuduhkan adalah berlaku dalam satu transaksi yang sama. Bagi pertuduhan di bawah  Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM yang telah didaftarkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tujuan suapan diminta adalah sebagai  upah melakukan suatu perkara yang dicadangkan, iaitu membantu  syarikat milik Zarul dilantik melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

"Bagi pertuduhan menyalahgunakan kedudukan di hadapan Yang Arif Tuan hari ini, kesalahan tersebut dikatakan dilakukan secara dengan mengambil tindakan membantu syarikat milik Zarul dilantik untuk melaksanakan Projek  Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702," katanya.

Ahmad Akram berkata faktor paling ketara adalah kedua-dua pertuduhan terbabit melibatkan saksi utama iaitu Zarul dan kedua-duanya juga melibatkan perkara sama iaitu Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang. #sumber



Demikianlah Artikel Projek Terowong Dasar Laut : Lim Guan Eng Di Dakwa Lagi Tuduhan Rasuah

Sekianlah artikel Projek Terowong Dasar Laut : Lim Guan Eng Di Dakwa Lagi Tuduhan Rasuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Projek Terowong Dasar Laut : Lim Guan Eng Di Dakwa Lagi Tuduhan Rasuah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/projek-terowong-dasar-laut-lim-guan-eng.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Projek Terowong Dasar Laut : Lim Guan Eng Di Dakwa Lagi Tuduhan Rasuah"

Catat Ulasan

Loading...