Loading...

Sebanyak 20,000 Ahli Baharu Masuk Bersatu Selepas Tun Mahathir Tubuhkan Parti Pejuang

Loading...
Sebanyak 20,000 Ahli Baharu Masuk Bersatu Selepas Tun Mahathir Tubuhkan Parti Pejuang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sebanyak 20,000 Ahli Baharu Masuk Bersatu Selepas Tun Mahathir Tubuhkan Parti Pejuang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sebanyak 20,000 Ahli Baharu Masuk Bersatu Selepas Tun Mahathir Tubuhkan Parti Pejuang
link : Sebanyak 20,000 Ahli Baharu Masuk Bersatu Selepas Tun Mahathir Tubuhkan Parti Pejuang

Baca juga


Sebanyak 20,000 Ahli Baharu Masuk Bersatu Selepas Tun Mahathir Tubuhkan Parti Pejuang

 

SHAH ALAM - Penubuhan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menjejaskan kestabilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Sebaliknya Menteri Dalam Negeri itu berkata, sejak Dr Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharu, Bersatu menerima lebih banyak permohonan keahlian.

"Saya nak maklumkan, hari mereka kata nak tubuh (parti baharu), saya terima hari itu saja 20,000 borang baharu nak sertai parti Bersatu.

“Keluar enam orang masuk 20,000,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Menurut beliau, tidak banyak bahagian Bersatu yang terjejas kepada parti persaingannya itu.

"Kita akan bekerja kuat untuk pastikan parti kita bertambah teguh. Minggu ini saja hampir 187 bahagian akan bersidang.

"Daripada 187 itu, yang tak boleh bersidang hanya lebih kurang 10 bahagian saja.

"Ini membuktikan, kadang-kadang orang ini suka cakap bising di luar tapi kosong di dalam. Yang kita lakukan ini adalah senyap,” katanya.

Malam tadi, Dr Mahathir mengumumkan parti baharu yang ditubuhkannya baru-baru ini akan dikenali sebagai Pejuang.

Pengumuman itu dibuat pada majlis memperkenalkan calon parti tersebut bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim. #sumber



Demikianlah Artikel Sebanyak 20,000 Ahli Baharu Masuk Bersatu Selepas Tun Mahathir Tubuhkan Parti Pejuang

Sekianlah artikel Sebanyak 20,000 Ahli Baharu Masuk Bersatu Selepas Tun Mahathir Tubuhkan Parti Pejuang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sebanyak 20,000 Ahli Baharu Masuk Bersatu Selepas Tun Mahathir Tubuhkan Parti Pejuang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/sebanyak-20000-ahli-baharu-masuk.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sebanyak 20,000 Ahli Baharu Masuk Bersatu Selepas Tun Mahathir Tubuhkan Parti Pejuang"

Catat Ulasan

Loading...