Judul : Skandal Projek Balak Di Pahang, Tiga Individu Di Tahan Terima Rasuah Berjumlah RM3 Juta !
link : Skandal Projek Balak Di Pahang, Tiga Individu Di Tahan Terima Rasuah Berjumlah RM3 Juta !
Skandal Projek Balak Di Pahang, Tiga Individu Di Tahan Terima Rasuah Berjumlah RM3 Juta !
KUALA LUMPUR -- Tiga individu ditahan kerana disyaki memberi dan menerima rasuah berjumlah RM3 juta, berhubung projek pembalakan bernilai lebih RM27 juta di Pahang, lima tahun lepas.
Suspek yang berusia antara 39 dan 73 tahun itu ditahan, ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, semalam.
Menurut sumber SPRM, seorang yang ditahan itu merupakan bekas ahli lembaga pengarah manakala dua lagi adalah pengarah syarikat.
“Kes ini berkaitan pengambilalihan projek pembalakan di satu daerah di Pahang seluas 6,591.67 ekar pada 2015.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda lima kali ganda nilai suapan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Perintah reman terhadap bekas ahli lembaga pengarah syarikat itu yang berkuat kuasa hari ini hingga Ahad manakala dua lagi individu sehingga Isnin depan, dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi, mengesahkan mengenai tangkapan tersebut. #sumbet
Demikianlah Artikel Skandal Projek Balak Di Pahang, Tiga Individu Di Tahan Terima Rasuah Berjumlah RM3 Juta !
Anda sekarang membaca artikel Skandal Projek Balak Di Pahang, Tiga Individu Di Tahan Terima Rasuah Berjumlah RM3 Juta ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/skandal-projek-balak-di-pahang-tiga.html
0 Response to "Skandal Projek Balak Di Pahang, Tiga Individu Di Tahan Terima Rasuah Berjumlah RM3 Juta !"
Catat Ulasan