Loading...

Tiada Anak Sungai Di Bukit Ketam Jadi Lokasi Pembangunan 'Tapak Pelupusan Kekal' Lynas

Loading...
Tiada Anak Sungai Di Bukit Ketam Jadi Lokasi Pembangunan 'Tapak Pelupusan Kekal' Lynas - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada Anak Sungai Di Bukit Ketam Jadi Lokasi Pembangunan 'Tapak Pelupusan Kekal' Lynas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada Anak Sungai Di Bukit Ketam Jadi Lokasi Pembangunan 'Tapak Pelupusan Kekal' Lynas
link : Tiada Anak Sungai Di Bukit Ketam Jadi Lokasi Pembangunan 'Tapak Pelupusan Kekal' Lynas

Baca juga


Tiada Anak Sungai Di Bukit Ketam Jadi Lokasi Pembangunan 'Tapak Pelupusan Kekal' Lynas

 

KUANTAN -- Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini berkata tiada anak sungai di Bukit Ketam di sini, yang disebut sebagai lokasi pembangunan Tapak Pelupusan Kekal (PDF) kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas).

Beliau berkata keputusan memilih Bukit Ketam sebagai tapak juga diputuskan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

"Itu adalah agensi yang mempunyai kepakaran dalam hal ini, Saya dan Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak) telah melawat tapak yang katanya ada anak sungai, tapi bila pergi, kami dapati tiada pun.

"Malah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang (Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin) dan ADUN Benta (Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak) juga telah melawat tapak itu dan dakwaan itu tidak benar," katanya, pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Lee Chean Chung (PH-Semambu) yang ingin tahu sama ada pemilihan Bukit Ketam telah melalui kajian yang teliti.

Menurut Lee, kajian itu perlu kerana terdapat dakwaan bahawa lokasi itu adalah kawasan tadahan air dan pembinaan PDF di situ dibimbangi boleh mendatangkan risiko terhadap akitviti pengambilan air kepada kira-kira 600,000 penduduk Kuantan.

Pembinaan PDF bagi sisa buangan Water Leached Purification (WLP) merupakan antara syarat dalam pelanjutan lesen operasi Lynas yang diumumkan AELB pada tahun lalu, yang difahamkan akan dibina di tapak seluas 12 hektar di Bukit Ketam.

Bagaimanapun, keputusan pembinaan itu masih belum muktamad kerana ia bergantung kepada  laporan Penilaian Impak Radioaktif (RIA) dan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA). #sumber



Demikianlah Artikel Tiada Anak Sungai Di Bukit Ketam Jadi Lokasi Pembangunan 'Tapak Pelupusan Kekal' Lynas

Sekianlah artikel Tiada Anak Sungai Di Bukit Ketam Jadi Lokasi Pembangunan 'Tapak Pelupusan Kekal' Lynas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada Anak Sungai Di Bukit Ketam Jadi Lokasi Pembangunan 'Tapak Pelupusan Kekal' Lynas dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/tiada-anak-sungai-di-bukit-ketam-jadi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tiada Anak Sungai Di Bukit Ketam Jadi Lokasi Pembangunan 'Tapak Pelupusan Kekal' Lynas"

Catat Ulasan

Loading...