Loading...

Umumkan Senarai Rundingan Terus Zaman PH, Di Buat Atas Dasar Mendokong Ketelusan

Loading...
Umumkan Senarai Rundingan Terus Zaman PH, Di Buat Atas Dasar Mendokong Ketelusan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Umumkan Senarai Rundingan Terus Zaman PH, Di Buat Atas Dasar Mendokong Ketelusan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Umumkan Senarai Rundingan Terus Zaman PH, Di Buat Atas Dasar Mendokong Ketelusan
link : Umumkan Senarai Rundingan Terus Zaman PH, Di Buat Atas Dasar Mendokong Ketelusan

Baca juga


Umumkan Senarai Rundingan Terus Zaman PH, Di Buat Atas Dasar Mendokong Ketelusan

 

KUALA LUMPUR -- Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini menegaskan bahawa tindakan mengumumkan senarai projek-projek perolehan kerajaan secara runding terus di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), dibuat atas dasar mendokong ketelusan.

Sehubungan itu, beliau berkata isu berkenaan tidak wajar untuk dipolitikkan.

"Tiada salahnya melakukan rundingan terus bagi projek terbabit mengikut Seksyen 6 (1) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972). Selain itu, terdapat dasar berkaitan yang membolehkan justifikasi bagi rundingan terus itu.

“Bagi saya, ini cuma fakta dan menggambarkan apa yang telah ditandatangani berdasarkan data (surat lantikan atau surat setuju terima (LOA) yang dimeterai) yang kita ada di Kementerian Kewangan (MoF)...ini tidak sepatutnya dijadikan satu isu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Dana Penjana Nasional di sini, hari ini.

Semalam, Kementerian Kewangan mengeluarkan senarai kementerian dan jabatan yang mendapat kelulusan 101 projek kerajaan yang diperoleh secara runding terus (RT) bernilai RM6.61 bilion yang diluluskan ketika pentadbiran PH.

Menurut Tengku Zafrul, sebagai mewakili rakyat, beliau hanya menjawab persoalan yang diajukan kepadanya di persidangan Dewan Rakyat itu.

"Bagi saya (senarai tersebut) adalah fakta dan kita tidak bercakap (menyentuh) mengenai siapa yang berunding mengenainya dan sama ada ia dibuat mengikut terma LOA, namun ianya ditandatangani ketika pentadbiran PH," tegasnya.

Malah, kata beliau, isu seperti bila rundingan terbabit dimulakan adalah sesuatu yang boleh dijelaskan oleh sesiapa sahaja.

"Tetapi bagi saya itulah faktanya dan ini yang berlaku ketika pentadbiran PH," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Umumkan Senarai Rundingan Terus Zaman PH, Di Buat Atas Dasar Mendokong Ketelusan

Sekianlah artikel Umumkan Senarai Rundingan Terus Zaman PH, Di Buat Atas Dasar Mendokong Ketelusan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Umumkan Senarai Rundingan Terus Zaman PH, Di Buat Atas Dasar Mendokong Ketelusan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/umumkan-senarai-rundingan-terus-zaman.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Umumkan Senarai Rundingan Terus Zaman PH, Di Buat Atas Dasar Mendokong Ketelusan"

Catat Ulasan

Loading...