Loading...

Bekas Peguam Negara Tuntut Ganti Rugi Atas Penamatan Khidmatnya Oleh Tun Dr Mahathir

Loading...
Bekas Peguam Negara Tuntut Ganti Rugi Atas Penamatan Khidmatnya Oleh Tun Dr Mahathir - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas Peguam Negara Tuntut Ganti Rugi Atas Penamatan Khidmatnya Oleh Tun Dr Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas Peguam Negara Tuntut Ganti Rugi Atas Penamatan Khidmatnya Oleh Tun Dr Mahathir
link : Bekas Peguam Negara Tuntut Ganti Rugi Atas Penamatan Khidmatnya Oleh Tun Dr Mahathir

Baca juga


Bekas Peguam Negara Tuntut Ganti Rugi Atas Penamatan Khidmatnya Oleh Tun Dr Mahathir

 


PETALING JAYA - Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menuntut ganti rugi dari kerajaan berikutan “penamatan tidak sah” oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dua tahun lalu.

Dalam surat tuntutan yang dihantar ke Jabatan Peguam Negara pada 30 September, firma guaman Shukor Baljit & Partners berkata Apandi menyatakan pemecatannya menyalahi undang-undang dan dengan itu terbatal dan tidak sah.

“Akibatnya, klien kami mengalami kerugian, termasuk tetapi tidak terhad pada, hilang pendapatan dan faedah lain dari 27 Julai 2018 hingga 26 Julai 2021,” kata surat tuntutan itu.

Difahamkan, kerugian yang dialami Apandi dalam tempoh tersebut adalah sekitar RM2 juta.

Firma guaman itu berkata saman akan difailkan selepas 7 hari notis itu melainkan Apandi menerima ganti rugi yang munasabah baginya.

Sepanjang penggal Apandi memegang jawatan itu menyaksikan pelbagai kontroversi sejak menggantikan Abdul Gani Patail, yang khidmatnya ditamatkan susulan apa yang dikatakan kerajaan atas alasan kesihatan.

Juga, pada awal 2016, Apandi membersihkan perdana menteri ketika itu, Najib Razak daripada kesalahan berkait 1MDB, langkah yang dipertikaikan Mahathir dan pembangkang.

Surat itu menyebut Apandi, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, dilantik Agong atas nasihat perdana menteri untuk tempoh 3 tahun hingga 26 Julai 2018.

Katanya, pelantikan Apandi hanya boleh ditamatkan Agong berdasarkan Perkara 145 (5) Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum pilihan raya umum ke-14 pada Mei 2018, penggal Apandi dilanjutkan kepada 3 tahun lagi.

Pakatan Harapan menumbangkan kerajaan BN dengan Mahathir kembali sebagai perdana menteri untuk kali ke-2 pada 10 Mei 2018.

Surat itu turut menyebut ketua setiausaha negara dalam surat bertarikh 5 Jun 2018 memberitahu penamatan khidmatnya mendapat persetujuan Agong tetapi tiada bukti ditunjukkan.

Surat itu mendakwa perdana menteri yang memutuskan pemecatan itu, dan dengan itu beliau menyalahgunakan kedudukan itu dan melakukan “tort of misfeasance in public office”.

“Perdana menteri melibatkan diri dengan tujuan untuk menyebabkan atau mendorong pelanggaran kontrak antara kerajaan dan klien kami,” tulis surat itu. #sumber



Demikianlah Artikel Bekas Peguam Negara Tuntut Ganti Rugi Atas Penamatan Khidmatnya Oleh Tun Dr Mahathir

Sekianlah artikel Bekas Peguam Negara Tuntut Ganti Rugi Atas Penamatan Khidmatnya Oleh Tun Dr Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas Peguam Negara Tuntut Ganti Rugi Atas Penamatan Khidmatnya Oleh Tun Dr Mahathir dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/09/bekas-peguam-negara-tuntut-ganti-rugi.html

Subscribe to receive free email updates:

1 Response to "Bekas Peguam Negara Tuntut Ganti Rugi Atas Penamatan Khidmatnya Oleh Tun Dr Mahathir"

  1. Permisi...numpang lewat,buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
    kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
    Kini Hadir Deposit via Pulsa Telkomsel / XL ( Online 24 Jam )
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Loading...