Loading...

COVID-19: Malaysia Catat 57 Kes Baharu, Satu Lagi Kluster Di Kesan Di Sabah Hari Ini

Loading...
COVID-19: Malaysia Catat 57 Kes Baharu, Satu Lagi Kluster Di Kesan Di Sabah Hari Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul COVID-19: Malaysia Catat 57 Kes Baharu, Satu Lagi Kluster Di Kesan Di Sabah Hari Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : COVID-19: Malaysia Catat 57 Kes Baharu, Satu Lagi Kluster Di Kesan Di Sabah Hari Ini
link : COVID-19: Malaysia Catat 57 Kes Baharu, Satu Lagi Kluster Di Kesan Di Sabah Hari Ini

Baca juga


COVID-19: Malaysia Catat 57 Kes Baharu, Satu Lagi Kluster Di Kesan Di Sabah Hari Ini

 


KUALA LUMPUR  -- Kes baharu COVID-19 hari ini mencatat sedikit peningkatan kepada 57 kes berbanding 52 semalam, dengan 51 jangkitan tempatan dan enam kes import.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah,  Sabah kekal sebagai negeri yang mencatat kes tertinggi dengan 49 kes termasuk 14 kes daripada Kluster Pulau, 12 daripada Kluster Selamat, lima kes masing-masing daripada Kluster Benteng Lahad Datu dan kluster baharu iaitu Kluster Kuarters di Tongod.

Lain-lain ialah masing-masing dua kes Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (Hospital Queen Elizabeth), saringan bergejala (Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Lahad Datu), saringan tahanan lokap di Beaufort, dan saringan pelatih pusat rehabilitasi.

Selain itu, satu kes masing-masing kes saringan prapembedahan, kes influenza-like illness, kes saringan kontak rapat, kes saringan petugas kesihatan (Lahad Datu) dan kes saringan rujukan ke Hospital Tawau.

"Dua lagi kes tempatan melibatkan masing-masing satu kes daripada Kluster Sungai, Kedah yang melibatkan warganegara dan satu kes saringan pra pembedahan Hospital Kuala Lumpur yang melibatkan warga asing,” katanya dalam kenyataan perkembangan COVID-19 hari ini.

Memperincikan lanjut mengenai kes baharu hari ini Dr Noor Hisham berkata daripada 51 kes penularan di dalam negara, 45 kes melibatkan warga Malaysia dan enam kes adalah bukan warganegara.

Sementara itu, kes import pula melibatkan mereka yang pulang dari Indonesia (3 kes) dan masing-masing satu kes dari United Kingdom, Pakistan  dan Zambia.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 di negara ini sebanyak 10,276  dengan kes aktif berjumlah 751 sementara kematian kekal 130 kes.

Sementara itu, terdapat 40 kes pulih sepenuhnya hari ini menjadikan jumlah kumulatif pulih sebanyak 9, 395 atau 91.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dr Noor Hisham berkata pada masa ini terdapat sembilan kes positif yang dirawat di unit rawatan rapi dengan dua memerlukan bantuan pernafasan.

"Ingin dimaklumkan bahawa pengesanan kontak rapat masih dijalankan bagi semua kes positif dan kesemua kontak rapat yang dikenal pasti perlu dikuarantinkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) selama 14 hari,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel COVID-19: Malaysia Catat 57 Kes Baharu, Satu Lagi Kluster Di Kesan Di Sabah Hari Ini

Sekianlah artikel COVID-19: Malaysia Catat 57 Kes Baharu, Satu Lagi Kluster Di Kesan Di Sabah Hari Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel COVID-19: Malaysia Catat 57 Kes Baharu, Satu Lagi Kluster Di Kesan Di Sabah Hari Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/09/covid-19-malaysia-catat-57-kes-baharu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "COVID-19: Malaysia Catat 57 Kes Baharu, Satu Lagi Kluster Di Kesan Di Sabah Hari Ini"

Catat Ulasan

Loading...