Loading...

COVID-19: Sebanyak 14 Kes Baharu Dengan 10 Penularan Tempatan Di Rekodkan Hari Ini

Loading...
COVID-19: Sebanyak 14 Kes Baharu Dengan 10 Penularan Tempatan Di Rekodkan Hari Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul COVID-19: Sebanyak 14 Kes Baharu Dengan 10 Penularan Tempatan Di Rekodkan Hari Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : COVID-19: Sebanyak 14 Kes Baharu Dengan 10 Penularan Tempatan Di Rekodkan Hari Ini
link : COVID-19: Sebanyak 14 Kes Baharu Dengan 10 Penularan Tempatan Di Rekodkan Hari Ini

Baca juga


COVID-19: Sebanyak 14 Kes Baharu Dengan 10 Penularan Tempatan Di Rekodkan Hari Ini

 

KALA LUMPUR  -- Jumlah kes baharu COVID-19 melibatkan penularan tempatan sekali lagi direkodkan lebih tinggi berbanding kes import dengan 10 kes hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata bagi kes import pula hanya empat kes direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes baharu hari ini adalah 14.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 9,374 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 163 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk rekod, kes penularan tempatan terus melebihi kes import untuk tiga hari berturut-turut sejak 1 Sept dengan sembilan kes dan 2 Sept (enam kes).

Memperincikan kes penularan tempatan, Dr Noor Hisham berkata enam kes melibatkan warga tempatan dan empat bukan warganegara.

“Sebanyak empat kes di Kedah iaitu tiga daripada Kluster Tawar dan Kluster Telaga (satu) serta dua di Sabah membabitkan Kluster Benteng LD. Empat lagi kes melibatkan bukan warganegara di Sabah adalah daripada Kluster Benteng LD.

“Bagi empat kes import pula, ia melibatkan tiga dari Singapura dan satu dari Filipina,” katanya.

Sementara itu, terdapat empat kes pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif pulih sepenuhnya adalah 9,083 kes atau 96.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Tiada kematian dilaporkan pada hari ini dan jumlah maut akibat wabak itu kekal sebanyak 128 kes.

Sehingga hari ini, hanya empat kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan tiga daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. #sumber



Demikianlah Artikel COVID-19: Sebanyak 14 Kes Baharu Dengan 10 Penularan Tempatan Di Rekodkan Hari Ini

Sekianlah artikel COVID-19: Sebanyak 14 Kes Baharu Dengan 10 Penularan Tempatan Di Rekodkan Hari Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel COVID-19: Sebanyak 14 Kes Baharu Dengan 10 Penularan Tempatan Di Rekodkan Hari Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/09/covid-19-sebanyak-14-kes-baharu-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "COVID-19: Sebanyak 14 Kes Baharu Dengan 10 Penularan Tempatan Di Rekodkan Hari Ini"

Catat Ulasan

Loading...