Loading...

Datuk Seri Hajiji Noor Dari Seorang Juruhebah, Penguasa Kastam Kini Ke Ketua Menteri Sabah

Loading...
Datuk Seri Hajiji Noor Dari Seorang Juruhebah, Penguasa Kastam Kini Ke Ketua Menteri Sabah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Datuk Seri Hajiji Noor Dari Seorang Juruhebah, Penguasa Kastam Kini Ke Ketua Menteri Sabah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Datuk Seri Hajiji Noor Dari Seorang Juruhebah, Penguasa Kastam Kini Ke Ketua Menteri Sabah
link : Datuk Seri Hajiji Noor Dari Seorang Juruhebah, Penguasa Kastam Kini Ke Ketua Menteri Sabah

Baca juga


Datuk Seri Hajiji Noor Dari Seorang Juruhebah, Penguasa Kastam Kini Ke Ketua Menteri Sabah

 


KOTA KINABALU - Bakal Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor, 65, berasal dari keluarga petani dan nelayan bermusim.

Anak kelahiran Kampung Serusop Tuaran ini merupakan anak kedua daripada tiga beradik.

Memulakan zaman persekolahan di SRK Serusop pada tahun 1961 hingga 1966, Hajiji seterusnya melanjutkan pendidikan ke Sekolah Menengah (SM) Tuaran dari 1967 hingga 1971.

Beliau kemudian meneruskan pendidikan di SM St. John pada 1972 hingga 1973.

Hajiji juga seorang pemidato terbaik dalam pertandingan pidato peringkat
sekolah hingga sebelum pada 1973 ke pertandingan pidato peringkat sekolah-sekolah menengah negeri Sabah.

Beliau berjaya mendapat kelulusan MCE iaitu antara pencapaian terbaik anak tempatan Tuaran pada tahun tersebut.

Mendirikan rumah tangga dengan Datin Seri Hajah Juliah Salag, pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata.

Berbekalkan kelulusan dan bakat berhujah, beliau memulakan kerjaya pada tahun 1976 sebagai seorang juruhebah Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama setahun.

Semangat beliau untuk berkhidmat kepada masyarakat secara langsung membuatkan beliau menukar kerjaya untuk berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Pembangunan di Pejabat Daerah Tuaran pada tahun 1977.

Beliau ditawarkan biasiswa kerajaan Negeri Sabah untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Ekonomi Masyarakat.

Sekembalinya ke tanah air, beliau berkhidmat sebagai pegawai penguasa kastam dari tahun 1986 hingga tahun 1990.

Dengan semangat perjuangan yang tinggi untuk berkhidmat kepada bangsa dan negara, beliau mengorbankan jawatan sebagai pegawai kanan kerajaan untuk menceburkan diri dalam politik secara sepenuh masa.
Beliau diberi kepercayaan oleh rakyat di Tuaran yang memilihnya sebagai Wakil Rakyat N.10 Sulaman sejak tahun 1990 sehingga kini.

Hajiji pernah menyandang pelbagai jawatan antaranya, Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba, Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Pembantu Menteri Kewangan.

Berkat ketabahannya, beliau diberi peranan memegang jawatan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah.

Di atas jasa dan khidmat baktinya kepada masyarakat, beliau dianugerahkan bintang kebesaran tertinggi negeri Sabah, Seri Penglima Darjah Kinabalu yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima pada tahun 2013.

Beliau pernah dikurniakan bintang kebesaran negara K.M.N oleh Yang Dipertuan Agong pada tahun 1997. #sumber



Demikianlah Artikel Datuk Seri Hajiji Noor Dari Seorang Juruhebah, Penguasa Kastam Kini Ke Ketua Menteri Sabah

Sekianlah artikel Datuk Seri Hajiji Noor Dari Seorang Juruhebah, Penguasa Kastam Kini Ke Ketua Menteri Sabah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Datuk Seri Hajiji Noor Dari Seorang Juruhebah, Penguasa Kastam Kini Ke Ketua Menteri Sabah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/09/datuk-seri-hajiji-noor-dari-seorang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Datuk Seri Hajiji Noor Dari Seorang Juruhebah, Penguasa Kastam Kini Ke Ketua Menteri Sabah"

Catat Ulasan

Loading...