Loading...

Isu Pencerobohan Tanah Raub, NGO Ugut Akan Adakan Himpunan Lebih Besar !

Loading...
Isu Pencerobohan Tanah Raub, NGO Ugut Akan Adakan Himpunan Lebih Besar ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Pencerobohan Tanah Raub, NGO Ugut Akan Adakan Himpunan Lebih Besar !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Pencerobohan Tanah Raub, NGO Ugut Akan Adakan Himpunan Lebih Besar !
link : Isu Pencerobohan Tanah Raub, NGO Ugut Akan Adakan Himpunan Lebih Besar !

Baca juga


Isu Pencerobohan Tanah Raub, NGO Ugut Akan Adakan Himpunan Lebih Besar !

RAUB - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memberi amaran akan mengadakan himpunan besar-besaran di kawasan pekebun haram sekiranya golongan itu dibela.

Wakil Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Melayu Islam Seluruh Raub, Fadzli Mohamad Kamal berkata, buat masa ini himpunan hanya diadakan di bandar Raub yang disifatkan sebagai amaran kecil.

"Kami tidak teragak-agak untuk mengadakan himpunan lebih besar di kawasan terlibat.

"Himpunan hari ini adalah mesej jelas dan permulaan. Andai kata ada lagi gerakan membela mereka, kami tidak teragak-agak mengadakan himpunan lebih besar di kawasan terlibat (peneroka haram),' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau antara lapan wakil yang terbabit dalam Himpunan Anti Peneroka Tanah Haram Raub dan Penentang Tulisan Jawi yang diadakan di pekarangan Rumah Rehat Raub di sini.

Antara yang turut serta, ialah Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi), Gerakan Pembela Ummah, Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang. 

Fadzli juga berharap ahli politik tidak masuk campur tangan membela pekebun haram terbabit.

"Kita berharap pihak DAP sedar ada benda boleh dipolitikkan ada tidak sesuai walaupun kita tahu tindakan mereka mungkin sebab pilihan raya makin hampir. Tapi atas dasar apa sekali pun untuk memenangi hati pengundi di kawasan mereka, itu perkara lain.

"Tapi soal tanah, tidak bolehlah perkara haram dihalalkan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya berdiri teguh di belakang Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang berani dan tegas terhadap pekebun haram walaupun baru dua tahun menjadi Menteri Besar.

Sementara itu, Presiden Generasi, Roslan Md Esa menyifatkan situasi sama pernah berlaku di Matau, Bandar Pusat Jengka beberapa tahun lalu.

"Penduduk di penempatan tersebut yang mendiami dan membina rumah puluhan tahun, akhir sekali kerajaan tolak, mereka akur. Soalan saya, kenapa pekebun ini ini tidak akur, ajak kerajaan berunding seolah-olah untuk dapatkan situasi menang-menang.

"Jadi saya rasa di Matau kalau kerajaan boleh bertindak tegas terhadap orang Melayu, samalah cerita di sini cuma ia tanaman iaitu musang king.

"Kita sokong kerajaan negeri dan jangan bimbang, NGO dan rakyat akan bersama untuk tegakkan keadilan," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Isu Pencerobohan Tanah Raub, NGO Ugut Akan Adakan Himpunan Lebih Besar !

Sekianlah artikel Isu Pencerobohan Tanah Raub, NGO Ugut Akan Adakan Himpunan Lebih Besar ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu Pencerobohan Tanah Raub, NGO Ugut Akan Adakan Himpunan Lebih Besar ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/09/isu-pencerobohan-tanah-raub-ngo-ugut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isu Pencerobohan Tanah Raub, NGO Ugut Akan Adakan Himpunan Lebih Besar !"

Catat Ulasan

Loading...