Loading...

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Rampas Balak RM700,000, Tiada Tangkapan !

Loading...
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Rampas Balak RM700,000, Tiada Tangkapan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Rampas Balak RM700,000, Tiada Tangkapan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Rampas Balak RM700,000, Tiada Tangkapan !
link : Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Rampas Balak RM700,000, Tiada Tangkapan !

Baca juga


Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Rampas Balak RM700,000, Tiada Tangkapan !

 

KUANTAN -  Sebanyak 1,500 batang kayu balak bernilai RM700,000 dirampas oleh Unit penguatkuasaan Zon Pahang Timur, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) di Komparment 374 Hutan Simpan Berkelah dan Tanah Kerajaan, di sini kelmarin.

Balak daripada jenis meranti, cengal, keruing dan merbau itu ditemui dalam 45 longgokan yang ditempatkan sementara di matau atau kawasan simpanan kayu sebelum dipindahkan.

Pengarah JPNP Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin, berkata rampasan itu adalah yang terbesar tahun ini membabitkan balak berkualiti tinggi dalam hutan simpan.

"Balak yang dilonggokkan itu dipercayai akan dipindahkan oleh pekerja mahir serta terancang yang mengambil masa kurang seminggu.

"Mereka juga dikesan menutup bukti penebangan dengan menimbus tunggul pokok yang ditebang selain turut mencabutnya.

"Bagi mengelak anggota penguat kuasa masuk ke kawasan yang dicerobohi, sindiket turut bertindak menutup laluan dengan membina batas selain menumbangkan pokok ke atasnya," katanya, di sini semalam.

Mohd Hizamri berkata, tiada sebarang tangkapan dilakukan ketika serbuan dibuat tetapi kesan penebangan masih baharu.

Selain itu katanya, sindiket dikesan menebang pokok yang berkualiti tinggi dan ia ada kaitan dengan kenaikan harga kayu di pasaran ketika ini.

"Selain merampas 1,500 tual balak kita juga turut menyita tujuh jentera membabitkan masing-masing dua jengkaut dan lori memindahkan balak dan tiga jentolak," katanya.

Beliau yang meluangkan masa lebih tiga jam melawat kawasan ceroboh berkenaan berkata, sindiket terbabit menceroboh Hutan Simpan Berkelah seluas 20.23 hektar dan melakukan aktiviti menebang pokok secara terpilih.

"Kertas siasatan sudah dibuka dan pasukan forensik Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dipanggil bagi membantu dan menguatkan bukti kes sebelum pihak yang bersalah dihadapkan ke mahkamah.

"Mereka yang didapati bersalah menceroboh hutan simpan dan memindahkan hasil hutan tanpa permit boleh didakwa di bawah Akta Perhutanan Negara 1984," katanya.

Menurutnya, sindiket terbabit kini menggunakan pelbagai helah untuk melakukan kesalahan antaranya akan aktif pada hujung minggu dan cuti umum serta waktu malam bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa. #sumber



Demikianlah Artikel Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Rampas Balak RM700,000, Tiada Tangkapan !

Sekianlah artikel Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Rampas Balak RM700,000, Tiada Tangkapan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Rampas Balak RM700,000, Tiada Tangkapan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/09/jabatan-perhutanan-negeri-pahang-rampas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Rampas Balak RM700,000, Tiada Tangkapan !"

Catat Ulasan

Loading...