Judul : Kerajaan Negeri Nasihat Pengunjung Pulang Ke Pahang Dari Sabah Jalani Saringan COVID-19 !
link : Kerajaan Negeri Nasihat Pengunjung Pulang Ke Pahang Dari Sabah Jalani Saringan COVID-19 !
Kerajaan Negeri Nasihat Pengunjung Pulang Ke Pahang Dari Sabah Jalani Saringan COVID-19 !
PETALING JAYA - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang menasihatkan pengunjung yang balik dari Sabah menjalani ujian saringan Covid-19 selepas tiga hari pulang ke negeri itu.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata, pengunjung terbabit perlu mengehadkan interaksi fizikal, mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan kerap membasuh tangan dalam tempoh 3 hari itu.
Katanya, keputusan itu susulan peningkatan jumlah pengunjung Pahang ke Sabah ketika ini.
“Pada ketika ini, penularan Covid-19 di negara ini terus meningkat, situasi yang membimbangkan dicatatkan di Sabah.
“Semua pihak berkenaan diminta memberikan kerjasama demi keselamatan diri, keluarga dan masyarakat,” katanya semalam.
Semalam, Sabah mencatatkan 60 kes baru Covid-19 dengan satu kluster baru yang dikenali sebagai kluster Bangau-bangau dikesan di Semporna.
Selain Bangau-bangau, terdapat 6 kluster aktif di Sabah ketika ini, menjelang Pilihan Raya Negeri Sabtu ini, iaitu Benteng LD, Pulau, Selamat, Kuarters, Bakau dan Laut. #sumber
Demikianlah Artikel Kerajaan Negeri Nasihat Pengunjung Pulang Ke Pahang Dari Sabah Jalani Saringan COVID-19 !
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Negeri Nasihat Pengunjung Pulang Ke Pahang Dari Sabah Jalani Saringan COVID-19 ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/09/kerajaan-negeri-nasihat-pengunjung.html
0 Response to "Kerajaan Negeri Nasihat Pengunjung Pulang Ke Pahang Dari Sabah Jalani Saringan COVID-19 !"
Catat Ulasan