Loading...

Mahathir Dakwa Sudah Ingatkan Muhyiddin, Boleh Di Ugut UMNO Jika Terima Kerjasama

Loading...
Mahathir Dakwa Sudah Ingatkan Muhyiddin, Boleh Di Ugut UMNO Jika Terima Kerjasama - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahathir Dakwa Sudah Ingatkan Muhyiddin, Boleh Di Ugut UMNO Jika Terima Kerjasama, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahathir Dakwa Sudah Ingatkan Muhyiddin, Boleh Di Ugut UMNO Jika Terima Kerjasama
link : Mahathir Dakwa Sudah Ingatkan Muhyiddin, Boleh Di Ugut UMNO Jika Terima Kerjasama

Baca juga


Mahathir Dakwa Sudah Ingatkan Muhyiddin, Boleh Di Ugut UMNO Jika Terima Kerjasama

 


PETALING JAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sudah mengingatkan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bahawa beliau boleh diugut UMNO sekiranya terima kerjasama secara “en-bloc” dengan parti itu.

Bekas Pengerusi PPBM itu menjelaskan beliau menolak kerjasama secara “en-bloc” dengan UMNO kerana beliau akan terpaksa terima semua ahli Parlimen parti itu, “termasuklah orang yang menghadapi puluhan kes di mahkamah”.

“Apa yang sedang berlaku adalah sesuatu yang telah saya nyatakan kepada Muhyiddin awal-awal lagi.

“Tetapi Muhyiddin berkata dia sanggup bekerjasama dengan UMNO secara ‘en-bloc’ walaupun dia boleh diugut oleh Umno jika kemahuan mereka tidak tercapai,” katanya dalam kenyataan.

Mahathir mengulas kenyataan yang dikaitkan dengan Presiden UMNO, Zahid Hamidi, berhubung dakwaan sokongan ahli Parlimen Barisan Nasional kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, jika kenyataan itu benar, maka Muhyiddin tidak boleh lagi menegaskan beliau masih mempunyai majoriti untuk kekal sebagai perdana menteri.

“Umum tahu majoriti yang dipunyai Muhyiddin sebelum ini amat tipis – antara sati atau dua orang sahaja – maka jika seorang atau dua orang ahli Parlimen UMNO menarik sokongan mereka, maka hilanglah majoriti Muhyiddin,” katanya.

“Hari ini, jelas apa yang saya jangka akan berlaku sedang berlaku dan kenyataan Zahid semalam mengesahkan sokongan Umno memang bersyarat,” katanya.

Mahathir seterusnya mengingatkan sokongan UMNO kepada Presiden PKR “juga pasti bersyarat”.

“Sudah pasti yang memberi sokongan kepada Anwar mempunyai kesetiaan yang lebih kepada (bekas Presiden UMNO) Najib Razak dan Zahid,” katanya.

Semalam, Zahid dilapor berkata partinya tidak dapat menghalang ahli Parlimennya menyokong Anwar, yang mendakwa mendapat “sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan” daripada wakil rakyat pelbagai parti untuk dipersembahkan kepada Agong. #sumber



Demikianlah Artikel Mahathir Dakwa Sudah Ingatkan Muhyiddin, Boleh Di Ugut UMNO Jika Terima Kerjasama

Sekianlah artikel Mahathir Dakwa Sudah Ingatkan Muhyiddin, Boleh Di Ugut UMNO Jika Terima Kerjasama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahathir Dakwa Sudah Ingatkan Muhyiddin, Boleh Di Ugut UMNO Jika Terima Kerjasama dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/09/mahathir-dakwa-sudah-ingatkan-muhyiddin.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mahathir Dakwa Sudah Ingatkan Muhyiddin, Boleh Di Ugut UMNO Jika Terima Kerjasama"

Catat Ulasan

Loading...