Judul : Malaysia Mencatatkan 100 Kes Baharu Covid-19, Manakala Sebanyak 12 Kes Pulih
link : Malaysia Mencatatkan 100 Kes Baharu Covid-19, Manakala Sebanyak 12 Kes Pulih
Malaysia Mencatatkan 100 Kes Baharu Covid-19, Manakala Sebanyak 12 Kes Pulih
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mencatatkan 100 kes baharu Covid-19, manakala 12 kes pulih.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 100 kes baharu itu membabitkan 85 penularan tempatan dan 15 kes import
Jumlah kematian kekal 128 kes.
Sementara itu, 7 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 4 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sehingga kini, Malaysia merekodkan 9,559 kes Covid-19 dengan 9,136 daripadanya sembuh.
Noor Hisham berkata, daripada 15 kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, ia turut melibatkan 2 warga Malaysia dan 13 bukan warganegara.
“Lima belas kes import itu dari India (6 kes di Selangor, 4 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1 kes di Negeri Sembilan), Indonesia (2 kes di Selangor), Pakistan (1 kes di Selangor) dan Filipina (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur),” katanya.
Beliau berkata, daripada 100 kes baharu yang dilaporkan, 85 adalah penularan dalam negara melibatkan 55 warga Malaysia dan 30 bukan warganegara.
“Di Sabah 62 kes daripada kluster Benteng LD, manakala di Kedah 22 kes daripada kluster Sungai dan di Perlis 1 kes daripada kluster Sungai,” katanya.
Katanya, bermula 24 Julai hingga 7 September lalu, seramai 29,330 pengembara sudah melaksanakan kuarantin wajib di stesen kuarantin bagi pengembara yang tiba di Malaysia.
“Daripada jumlah itu 29,330 pengembara ditempatkan di stesen kuarantin, di mana 237 kes positif Covid-19 dikesan. Kebanyakan kes adalah dari India (42) diikuti Filipina (27) dan Indonesia (26),” katanya. #sumbersumber
Demikianlah Artikel Malaysia Mencatatkan 100 Kes Baharu Covid-19, Manakala Sebanyak 12 Kes Pulih
Anda sekarang membaca artikel Malaysia Mencatatkan 100 Kes Baharu Covid-19, Manakala Sebanyak 12 Kes Pulih dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/09/malaysia-mencatatkan-100-kes-baharu.html
0 Response to "Malaysia Mencatatkan 100 Kes Baharu Covid-19, Manakala Sebanyak 12 Kes Pulih"
Catat Ulasan