Judul : Najib "Alihkan Kesalahan" Kerajaan Negeri BN Dengan Menyalahkan DAP, Isu Pekebun Durian
link : Najib "Alihkan Kesalahan" Kerajaan Negeri BN Dengan Menyalahkan DAP, Isu Pekebun Durian
Najib "Alihkan Kesalahan" Kerajaan Negeri BN Dengan Menyalahkan DAP, Isu Pekebun Durian
RAUB - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak cuba mengalihkan perhatian daripada isu eksploitasi petani durian Musang King di Raub dengan mengubahnya menjadi isu perkauman, kata NGO Save Musang King Alliance (Samka).
Pengerusi Samka, Chang Yee Chin mengulas kenyataan Najib yang mendedahkan ialah bekas ahli majlis DAP Kajang, maka segala usaha kerajaan negeri Pahang untuk berunding dengan Samka bermakna mengadakan perbincangan bersama DAP.
“(Najib) telah menyatakan bahawa saya adalah bekas ahli majlis DAP dan saya berasa ia bukan sesuatu masalah malah tertanya-tanya apa salahnya?
Mgid
Seks akan bertahan lebih dari 2,5 jam saat melakukan ini setiap
Male Health
Tidak pernah jatuh sakit, kerana saya membersihkan saluran darah
Cardiovax
Bukannya Viagra, lakukan silap mata ini
Male Healht
“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah dan tidak berniat untuk menyembunyikan fakta bahawa saya merupakan ahli DAP,” katanya.
Chang mengaku menyertai DAP kerana perjuangan parti itu dan dilantik sebagai ahli majlis pada tahun 2018.
Beliau yang berasal dari Raub kemudian mengundurkan diri sebagai ahli majlis pada bulan Februari untuk membantu ayahnya yang mengusahakan dusun di Sungai Krau memandangkan orang tuanya itu mempunyai masalah kesihatan.
“Namun apa yang sangat pelik adalah, apabila beliau (Najib) tidak dapat menyelesai sesuatu masalah, beliau akan melakukan hasutan atau mengadu domba, supaya masyarakat hilang fokus tentang persoalan sebenar bagi sesuatu itu.
“Sama juga dengan Krisis Musang King ini,” kata Chang pada satu kenyataan malam tadi.
Dengan membangkitkan kaitannya dengan DAP, Chang mendakwa Najib cuba membawa isu perkauman dalam masalah berkaitan dasar pertanian. #sumber
Demikianlah Artikel Najib "Alihkan Kesalahan" Kerajaan Negeri BN Dengan Menyalahkan DAP, Isu Pekebun Durian
Anda sekarang membaca artikel Najib "Alihkan Kesalahan" Kerajaan Negeri BN Dengan Menyalahkan DAP, Isu Pekebun Durian dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/09/najib-alihkan-kesalahan-kerajaan-negeri.html
0 Response to "Najib "Alihkan Kesalahan" Kerajaan Negeri BN Dengan Menyalahkan DAP, Isu Pekebun Durian"
Catat Ulasan