Judul : Orang Ramai Kembali Gusar, Satu Kes Positif Covid-19 Di Kesan Di Kuantan !
link : Orang Ramai Kembali Gusar, Satu Kes Positif Covid-19 Di Kesan Di Kuantan !
Orang Ramai Kembali Gusar, Satu Kes Positif Covid-19 Di Kesan Di Kuantan !
KUANTAN - Orang ramai di sekitar bandar ini kecoh dan kembali gusar apabila dilaporkan satu kes positif Covid-19 telah di kesan di sini.
Memo tentang perkara itu telah disebarkan menerusi media sosial sejak semalam. Laporan menyatakan kes berkenaan di kesan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan daripada seorang lelaki yang dipercayai bekerja di Semporna, Sabah.
Kes terbaharu ini merupakan kes positif ke-151 bagi daerah Kuantan.
Lelaki Melayu berusia 46 tahun yang dipercayai berkerja sebagai agen hartanah dan pelancong itu sampai ke Kuantan pada 19 September lalu.
Beliau berkerja di Semporna sejak 18 Ogos hingga 18 September dan pulang ke rumahnya di Bukit Rangin dekat sini
Pada 18 September beliau menaiki bas mini dari Semporna ke Tawau pada jam 6.30 petang, kemudian menaiki kapal terbang Airasia dari Tawau ke KLIA2 pada jam 7.00 malam.
Menurut laporan itu lagu, beliau sampai di KLIA2 pada pukul 10.15 malam. Beliau kemudian menaiki bas JetBus ke Terminal Bersepadu Selaran (TBS) pada jam 11.30 malam dan ke Kuantan menaiki Rhinoairiel Express jaml 3.00 pagi.
Sampai Kuantan pada jam 7.30 pagi 19 Septber dan disambut oleh isteri serta tiga orang anaknya.
Pada jam 9.00 pagi beliau bergerak ke Bandar Enstek, Seremban untuk menziarahi anak kedua yng menuntut di Kolej Tunku Kurshiah.
Selepas membawa anaknya itu berjalan di AEON Nilai, keluarga terbabit kemudian bergerak pulang ke Kuantan pada jam 5.00 petang.
Pada 20 September beliau ke MBS dan kemudian menghabiskan masa di rumah. Pada 21 hingga 23 September beliau berada di rumah dan ganya menghantar anak-anak ke Sekolah Kebangsaan Permatang Badak dan Sekolah Menengah Kebangaaan Sungai Isap.
Dilaporkan pada 23 September beliau membawa anak ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untyk rawatan batuk. Kedua-duanya telah diambil sampel Covid-19 oleh pihak hospital dan disahkan positif.
Seramai 31 kontak beliau telah dikenalpasti dan menunggu siasatan, sementara isteri dan anak-anaknya diarahkan membuat saringan.
Kes ini adalah risiko jangkitan Covid-19 dari Semporna, Sabah. Orang ramai dinasihatkan patuhi SOP yang telah ditetapkan demi keselamatan masing-masing #pahangdaily
Demikianlah Artikel Orang Ramai Kembali Gusar, Satu Kes Positif Covid-19 Di Kesan Di Kuantan !
Anda sekarang membaca artikel Orang Ramai Kembali Gusar, Satu Kes Positif Covid-19 Di Kesan Di Kuantan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/09/orang-ramai-kembali-gusar-satu-kes.html
0 Response to "Orang Ramai Kembali Gusar, Satu Kes Positif Covid-19 Di Kesan Di Kuantan !"
Catat Ulasan