Judul : PBNP lantik peguam kendali kes Sumareh
link : PBNP lantik peguam kendali kes Sumareh
PBNP lantik peguam kendali kes Sumareh
SUKAN»Bola

Isnin, 7 September 2020 | 9:50p
PBNP lantik peguam kendali kes Sumareh
Asrol Awang
bhsukan@bh.com.my
KUANTAN: Pemain naturalisasi Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh bakal berdepan tindakan undang-undang daripada Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).
Tindakan itu diambil berikutan pemain kelahiran Gambia berkenaan mengesahkan secara rasmi menyarung jersi kelab dari Thailand, Police Tero FC, hari ini.
Pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, persatuan itu melantik peguam dalam urusan perundangan berkaitan kontrak Sumareh dan PBNP."Apa yang boleh saya katakan Sumareh bakal berdepan tindakan undang-undang kerana dia masih lagi mempunyai kontrak bersama Pahang.
"Tindakan Sumareh sudah melanggar syarat kontrak dan Pahang mempunyai tempoh 10 hari untuk memprotes perpindahannya ke Police Tero FC membabitkan sijil perpindahan antarabangsa (ITC)," katanya.Terdahulu, Police Tero FC mengumumkan menerusi Facebook mereka hari ini, Sumareh sah menyertai kelab itu dan akan menerusi menyarung jersi nombor 13.SUMBER-BH ONLINE
Demikianlah Artikel PBNP lantik peguam kendali kes Sumareh
Anda sekarang membaca artikel PBNP lantik peguam kendali kes Sumareh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/09/pbnp-lantik-peguam-kendali-kes-sumareh.html
0 Response to "PBNP lantik peguam kendali kes Sumareh"
Catat Ulasan