Loading...

PBNP mahu saman Sumareh

Loading...
PBNP mahu saman Sumareh - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PBNP mahu saman Sumareh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PBNP mahu saman Sumareh
link : PBNP mahu saman Sumareh

Baca juga


PBNP mahu saman Sumareh

MyMetroArena

SUMAREH kini bersama Police Tero FC.

Asrol Awang

sukanteam@nstp.com.my

PEMAIN naturalisasi Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh bakal berdepan tindakan undang-undang daripada Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).Tindakan itu berikutan pemain kelahiran Gambia mengesahkan secara rasmi menyarung jersi kelab dari Thailand, Police Tero FC, hari ini.

Pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, persatuan itu melantik peguam dalam urusan perundangan berkaitan kontrak Sumareh dan PBNP.

"Apa yang boleh saya katakan Sumareh bakal berdepan tindakan undang-undang kerana dia masih lagi mempunyai kontrak bersama Pahang.

"Tindakan Sumareh sudah melanggar syarat kontrak dan Pahang mempunyai tempoh 10 hari untuk memprotes perpindahannya ke Police Tero FC membabitkan sijil perpindahan antarabangsa (ITC)," katanya.

Mohammed Suffian berkata demikian ketika mengulas pengesahan Sumareh yang mengumumkan menyertai Police Tero FC selepas membuat keputusan meninggalkan skuad Tok Gajah sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) bersambung.

Menerusi video ringkas, pemain berumur 26 tahun itu memberikan ucapan kepada penyokong kelab Thailand itu.

"Hello kepada semua penyokong pasukan Police Tero FC, saya Mohamadou Sumareh. Jumpa anda nanti di Bangkok, terima kasih," kata Sumareh.Baru-baru ini, Sumareh mencetuskan kontroversi apabila dilaporkan tidak menyertai latihan bersama skuad Pahang sejak sebulan lalu.

Difahamkan, dia bertindak demikian kerana masalah pembayaran gaji dengan PBNP.Malah, Sumareh didakwa sudah membatalkan kontrak bersama Tok Gajah dengan mengaktifkan klausa 8.7.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 September 2020 @ 10:25 PM



Demikianlah Artikel PBNP mahu saman Sumareh

Sekianlah artikel PBNP mahu saman Sumareh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PBNP mahu saman Sumareh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/09/pbnp-mahu-saman-sumareh.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PBNP mahu saman Sumareh"

Catat Ulasan

Loading...