Loading...

PDRM rancang kejutan ke atas Pahang

Loading...
PDRM rancang kejutan ke atas Pahang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PDRM rancang kejutan ke atas Pahang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PDRM rancang kejutan ke atas Pahang
link : PDRM rancang kejutan ke atas Pahang

Baca juga


PDRM rancang kejutan ke atas Pahang

 SUKAN»Bola

Rabu, 9 September 2020 | 6:09pm

Pengendali PDRM Mohamad Ishak Kunju Mohamad (kiri) tuntut pemainnya bangkit bertemu Pahang Sabtu ini. - Foto Ihsan PDRM

Pengendali PDRM Mohamad Ishak Kunju Mohamad (kiri) tuntut pemainnya bangkit bertemu Pahang Sabtu ini. - Foto Ihsan PDRM

PDRM rancang kejutan ke atas Pahang

Malik Muhamad

sukanteam@nstp.com.my

KUALA TERENGGANU: Tanpa sebarang mata selain menghuni di kedudukan tercorot Liga Super ternyata meresahkan pengendali PDRM, Mohamad Ishak Kunju Mohamad.Malah kecederaan yang dialami tiga pemain utamanya selain hanya ada dua tenaga import jelas memberi tamparan hebat buat PDRM apabila bertemu Pahang di Stadium Darul Makmur, Sabtu ini.

Namun pengendali berusia 48 tahun itu tetap positif dan mengharapkan kejutan daripada anak buahnya untuk melakar kemenangan pertama dalam saingan liga musim ini yang hanya berbaki lima perlawanan."Selepas enam perlawanan tanpa sebarang kemenangan dan hanya merekod dua kali keputusan seri bertemu Sabah dan FELDA United minggu lalu, sudah tentu meresahkan kem pasukan kerana kami mensasarkan untuk kekal bersaing dalam saingan Liga Super musim depan.

"Kecederaan tiga pemain utama termasuk penjaga gol, Bryan See selain pemain pertahanan, Hazwan Rahman dan perancang, Hariz Irfan Nazri turut merencatkan perancangan kami yang mahu memadam negatif satu mata."Walaubagaimanapun saya dan pemain tetap positif kerana peluang buat kami masih terbuka dan apa-apapun boleh berlaku kerana masih berbaki lima perlawanan lagi.

"Jadi bertemu Pahang nanti, kami lebih selesa dilabel pasukan `underdog' kerana sedar skuad lawan bukan calang-calang pasukan lebih-lebih lagi mempunyai ramai pemain berkualiti termasuk tonggak import.

"Kami ke sana (Stadium Darul Makmur) tetap mahukan mata, jika dapat satu mata ianya sudah memadai, namun jika dapat mata penuh itu adalah bonus buat pasukan," kata bekas pertahanan skuad Terengganu itu.

Sebelum Liga Malaysia (Liga M) kembali disambung pada 28 Ogos lalu, pendatang baharu Liga Super itu kehilangan penyerang utamanya dari England, Antonio Timothy German yang sehingga kini tidak menyertai kem latihan pasukan.SUMBER-BH ONLINE



Demikianlah Artikel PDRM rancang kejutan ke atas Pahang

Sekianlah artikel PDRM rancang kejutan ke atas Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PDRM rancang kejutan ke atas Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/09/pdrm-rancang-kejutan-ke-atas-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PDRM rancang kejutan ke atas Pahang"

Catat Ulasan

Loading...