Loading...

Pemuda UMNO Titiwangsa: "Tarik Sokongan" ! Jika Ketua Menteri Sabah Bukan Daripada BN

Loading...
Pemuda UMNO Titiwangsa: "Tarik Sokongan" ! Jika Ketua Menteri Sabah Bukan Daripada BN - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemuda UMNO Titiwangsa: "Tarik Sokongan" ! Jika Ketua Menteri Sabah Bukan Daripada BN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemuda UMNO Titiwangsa: "Tarik Sokongan" ! Jika Ketua Menteri Sabah Bukan Daripada BN
link : Pemuda UMNO Titiwangsa: "Tarik Sokongan" ! Jika Ketua Menteri Sabah Bukan Daripada BN

Baca juga


Pemuda UMNO Titiwangsa: "Tarik Sokongan" ! Jika Ketua Menteri Sabah Bukan Daripada BN

 


SHAH ALAM - Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sewajarnya menarik balik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya Ketua Menteri Sabah baharu dilantik daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, telah ada persefahaman bahawa BN akan menamakan Ketua Menteri jika Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Menurutnya, BN dijanjikan kerusi Ketua Menteri sebagai balasan melepaskan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat parti menyertai Bersatu.

"Walaupun sedih dengan kehilangan kerusi-kerusi tradisi ini, kami berlapang dada dan menerima kehadiran mereka dan berusaha memastikan mereka menang.

"Malangnya madu diberi, tuba dibalas. Janji dimungkiri atas alasan Perikatan Nasional (PN) lebih tiga kerusi, PN menang 17 kerusi dan BN 14.

"Ini telah dijadikan alasan untuk melantik Ketua Menteri daripada Bersatu. Apakah Bersatu lupa bahawa di Perak, PN hanya mempunyai lapan kerusi berbanding BN 25, namun yang menjadi Menteri Besar adalah daripada Bersatu?," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nazir Hussin berkata, beberapa calon Bebas yang menewaskan calon BN juga telah dibawa masuk menyertai PN bagi mengukuhkan Bersatu.

Sehubungan itu, katanya, ia bukan soal UMNO tamak kuasa atau tidak mahu berkongsi kuasa.

"Namun kalau perkongsian ini tidak menghasilkan keadilan, maka apa guna perkongsian ini?

"Justeru jika esok Ketua Menteri Sabah dari Bersatu, maka sewajarnya ahli-ahli Parlimen BN memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menarik balik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN.

"UMNO tidak sombong namun jangan pula sampai dibuli membuta tuli," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Pemuda UMNO Titiwangsa: "Tarik Sokongan" ! Jika Ketua Menteri Sabah Bukan Daripada BN

Sekianlah artikel Pemuda UMNO Titiwangsa: "Tarik Sokongan" ! Jika Ketua Menteri Sabah Bukan Daripada BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemuda UMNO Titiwangsa: "Tarik Sokongan" ! Jika Ketua Menteri Sabah Bukan Daripada BN dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/09/pemuda-umno-titiwangsa-tarik-sokongan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pemuda UMNO Titiwangsa: "Tarik Sokongan" ! Jika Ketua Menteri Sabah Bukan Daripada BN"

Catat Ulasan

Loading...