Judul : Persepsi Labelkan MPK 'Manusia Paling Kejam' Dapat Di Ubah Dengan Mendekati Masyarakat
link : Persepsi Labelkan MPK 'Manusia Paling Kejam' Dapat Di Ubah Dengan Mendekati Masyarakat
Persepsi Labelkan MPK 'Manusia Paling Kejam' Dapat Di Ubah Dengan Mendekati Masyarakat
KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) berharap persepsi masyarakat yang melabel jabatan itu sebagai 'Majlis Manusia Paling Kejam' dapat diubah dengan peningkatan usaha kakitangannya mendekati masyarakat.
Yang Dipertua MPK, Datuk Hamdan Hussin berkata, gelaran itu dibuat sesetengah pihak yang tidak berpuas hati terhadap segala tindakan MPK dan menjadi tanggungjawab pihaknya untuk menjelaskan keadaan.
"Saya ada baca komen bahawa MPK digelar 'Majlis Manusia Paling Kejam' bukan Majlis Perbandaran Kuantan. Saya melihat bahawa label ini menunjukkan kita kurang lagi menyelami isi hati masyarakat.
"Kita perlu turun ke bawah sana untuk memberi pemahaman kepada masyarakat. Saya mengharapkan kakitangan dapat menempuhnya bersama meskipun letih.
"Saya ingin mengubah perkara ini. Saya kena cungkil, kena ekori setiap pasukan untuk lihat apa yang mereka buat dan apa perlakuan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 250 kakitangannya pada Majlis Persaraan Warga Kerja MPK bertemakan Jasamu Dikenang, Budimu Dijujung di sebuah hotel di sini hari ini.
Hamdan sehubungan itu berkata, beliau berharap satu akujanji baharu dalam kalangan kakitangan berikutan MPK kini bakal memasuki era bandar raya.
"MPK berdepan cabaran besar apabila negara dan dunia memasuki era pandemik Covid-19 dan zaman digital adalah salah satu solusi pandemik," katanya.
Pada majlis itu, seramai 39 pesara MPK diraikan, malah MPK mengumumkan mereka bakal menerima RM2,000 saguhati dari jabatan itu membabitkan jumlah keseluruhan RM78,000.
Sementara itu, Hamdan berkata, daripada 39 pesara tersebut, seramai 18 daripadanya merupakan pesara wajib, 16 pilihan, manakala dua sudah meninggal dunia dan tiga lagi telah tamat kontrak. #sumber
Demikianlah Artikel Persepsi Labelkan MPK 'Manusia Paling Kejam' Dapat Di Ubah Dengan Mendekati Masyarakat
Anda sekarang membaca artikel Persepsi Labelkan MPK 'Manusia Paling Kejam' Dapat Di Ubah Dengan Mendekati Masyarakat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/09/persepsi-labelkan-mpk-manusia-paling.html
0 Response to "Persepsi Labelkan MPK 'Manusia Paling Kejam' Dapat Di Ubah Dengan Mendekati Masyarakat"
Catat Ulasan