Judul : PRN Sabah: PPBM Puji Sikap Terbuka PAS Tak Tanding, Elakkan Pertembungan Tiga Penjuru
link : PRN Sabah: PPBM Puji Sikap Terbuka PAS Tak Tanding, Elakkan Pertembungan Tiga Penjuru
PRN Sabah: PPBM Puji Sikap Terbuka PAS Tak Tanding, Elakkan Pertembungan Tiga Penjuru
PETALING JAYA: Keputusan PAS memberi laluan kepada rakan dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) bagi memastikan pertandingan dua penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah sikap terpuji, kata pemimpin PPBM.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Muhammad Faiz Na’aman berkata, rakan dalam PN juga perlu menjadikan sikap berjiwa besar PAS itu sebagai contoh dalam toleransi kuasa politik atas kepentingan dan agenda bersama bagi mentadbir negara.
“Kenyataan presiden PAS memberikan laluan kepada rakan bagi memastikan pertandingan dua penjuru dapat diserlahkan dalam PRN Sabah adalah berjiwa besar serta memahami kepentingan muafakat secara taktikal atas wadah yang sama iaitu PN.
“Kunci di sini ialah diplomasi dan perkongsian berdasarkan realiti sosio-politik tempatan agar semua pihak merasakan semangat ‘kebersamaan’.
“Sesungguhnya simbol atau bendera yang dijunjung oleh PAS, PPBM, STAR dan PBS untuk PRN Sabah adalah satu iaitu PN,” katanya sambil memetik kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Mohd Zuhdi Marsuki yang secara tersiratnya PAS bagaikan tetap bertanding di Sabah, iaitu melalui PN yang turut diwakili PAS.
Beliau berharap, rakan komponen lain dalam PN terus berusaha mengukuhkan lagi kesefahaman, pemuafakatan, kerjasama, perkongsian, toleransi dan saling hormat-menghormati supaya sasaran membebaskan Sabah daripada proksi DAP serta pihak berfikiran kenegerian sempit dapat dicapai. #sumber
Demikianlah Artikel PRN Sabah: PPBM Puji Sikap Terbuka PAS Tak Tanding, Elakkan Pertembungan Tiga Penjuru
Anda sekarang membaca artikel PRN Sabah: PPBM Puji Sikap Terbuka PAS Tak Tanding, Elakkan Pertembungan Tiga Penjuru dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/09/prn-sabah-ppbm-puji-sikap-terbuka-pas.html
0 Response to "PRN Sabah: PPBM Puji Sikap Terbuka PAS Tak Tanding, Elakkan Pertembungan Tiga Penjuru"
Catat Ulasan