Loading...

Putra Gesa SPRM Siasat Kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Dan Persekutuan

Loading...
Putra Gesa SPRM Siasat Kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Dan Persekutuan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Putra Gesa SPRM Siasat Kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Dan Persekutuan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Putra Gesa SPRM Siasat Kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Dan Persekutuan
link : Putra Gesa SPRM Siasat Kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Dan Persekutuan

Baca juga


Putra Gesa SPRM Siasat Kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Dan Persekutuan

 

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat semua kakitangan Jabatan Perhutanan negeri dan juga persekutuan.

Ini kerana, ujar Presidennya, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali, beliau yakin dan percaya punca utama hutan diceroboh serta diteroka secara haram di Raub, Pahang itu disebabkan berlaku ketirisan dan kebocoran oleh pihak berkenaan.

Katanya, jika tidak berlaku unsur rasuah, aktiviti pencerobohan hutan secara haram tidak akan berlaku, dan mustahil pekebun terbabit dapat mengusahakan tanaman durian Musang King sehingga lebih 10 tahun tanpa disedari kerajaan negeri.

“Semuanya masalah penguatkuasaan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ada unsur rasuah di situ. SPRM perlu turun menyiasat secara telus,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau menyatakan rasa terkejut apabila kerajaan Pahang mendedahkan tanah berkeluasan kira-kira 4,400 hektar di sekitar Raub diteroka secara haram oleh 111 penduduk yang mengusahakan tanaman durian Musang King.

Berikutan perbuatan itu, kerajaan negeri mengalami kerugian kira-kira RM30 juta dalam tempoh 10 tahun akibat kehilangan hasil cukai tanah dari kebun haram itu termasuk di kawasan hutan simpan.

Antara kawasan dusun durian di Raub yang terbabit ialah Hutan Simpan Gunung Benom sekitar Sungai Ruan, Sungai Chalit serta Tranum dan Tras.

Ibrahim berkata, hasil siasatan itu nanti, SPRM wajar mendedahkan kepada umum siapa dalang di belakang penerokaan haram tersebut.

Hari ini, Putra menerusi Naib Presidennya, Datuk Hamidah Osman dan Naib Ketua Wanita Putra, Roshanita Mohd Bashir membuat dua laporan berhubung kegiatan haram itu.

Laporan pertama dibuat di Balai Polis Daerah Selayang pagi tadi, dan laporan kedua di ibupejabat SPRM Putrajaya kira-kira jam 12 tengah hari ini. #sumber



Demikianlah Artikel Putra Gesa SPRM Siasat Kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Dan Persekutuan

Sekianlah artikel Putra Gesa SPRM Siasat Kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Dan Persekutuan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Putra Gesa SPRM Siasat Kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Dan Persekutuan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/09/putra-gesa-sprm-siasat-kakitangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Putra Gesa SPRM Siasat Kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Dan Persekutuan"

Catat Ulasan

Loading...