Loading...

Rahim Muda: Operasi Perniagaan Di Negeri Pahang Kekal Setakat 12 Tengah Malam

Loading...
Rahim Muda: Operasi Perniagaan Di Negeri Pahang Kekal Setakat 12 Tengah Malam - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rahim Muda: Operasi Perniagaan Di Negeri Pahang Kekal Setakat 12 Tengah Malam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rahim Muda: Operasi Perniagaan Di Negeri Pahang Kekal Setakat 12 Tengah Malam
link : Rahim Muda: Operasi Perniagaan Di Negeri Pahang Kekal Setakat 12 Tengah Malam

Baca juga


Rahim Muda: Operasi Perniagaan Di Negeri Pahang Kekal Setakat 12 Tengah Malam

 


KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang masih mengekalkan tempoh operasi premis perniagaan di seluruh negeri itu setakat 12 tengah malam, dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Abd Rahim Muda berkata, setakat ini, tiada perubahan waktu operasi premis perniagaan untuk melanjutkan tempoh operasi.

Beliau berkata, keputusan itu tepat kerana membantu mengawal penularan wabak Covid-19 dan Pahang kini berada dalam status hijau iaitu tiada kes.

"Oleh itu, prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) membabitkan premis perniagaan sentiasa dipantau.

"Penguatkuasaan dilakukan untuk memastikan pemilik premis perniagaan dan masyarakat mematuhi SOP ditetapkan terutama pemakaian pelitup muka dan pemeriksaan suhu badan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program World Clean Up Day 2020 peringkat negeri di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lepar di Jalan Kuantan-Gambang, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Teknologi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Zulkifli Tambi Chik dan Pengarah SWcorp Pahang, Sharudin Hamid.

Mengenai penganjuran World Clean Up Day 2020, Abd Rahim berkata, penganjuran program itu selaras dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara bersih, indah dan sejahtera. #sumber



Demikianlah Artikel Rahim Muda: Operasi Perniagaan Di Negeri Pahang Kekal Setakat 12 Tengah Malam

Sekianlah artikel Rahim Muda: Operasi Perniagaan Di Negeri Pahang Kekal Setakat 12 Tengah Malam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rahim Muda: Operasi Perniagaan Di Negeri Pahang Kekal Setakat 12 Tengah Malam dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/09/rahim-muda-operasi-perniagaan-di-negeri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rahim Muda: Operasi Perniagaan Di Negeri Pahang Kekal Setakat 12 Tengah Malam"

Catat Ulasan

Loading...