Judul : Skuad Pahang "Bangkit" Daripada Ketinggalan, Tewaskan Kedah 2-1 Di Stadium Darul Makmur
link : Skuad Pahang "Bangkit" Daripada Ketinggalan, Tewaskan Kedah 2-1 Di Stadium Darul Makmur
Skuad Pahang "Bangkit" Daripada Ketinggalan, Tewaskan Kedah 2-1 Di Stadium Darul Makmur
KUANTAN - Skuad Pahang bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Kedah 2-1 di Stadium Darul Makmur, malam tadi.
Kemenangan itu amat bermakna buat skuad Tok Gajah yang kini berada di zon lebih selamat dalam saingan Liga Super.
Sebaliknya, kekalahan itu menyaksikan peluang Lang Merah untuk mengejar JDT di persada liga berkubur.
Ketika ini, hanya Perak boleh menyekat JDT daripada merangkul kejuaraan tetapi peluang mereka tipis dengan syarat memenangi dua baki perlawanan dengan jaringan besar sambil mengharap Harimau Selatan tumbang.
Pada perlawanan itu, Kedah terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah apabila mendahului 1-0 hasil jaringan penyerang import, Tchetche Kipre yang menewaskan penjaga gol, Helmi Eliza Elias pada minit ke-15.
Pahang yang ketinggalan menggandakan asakan ke kubu lawan tetapi berjaya dikawal dengan baik jentera pertahanan.
Namun, lima minit sebelum separuh pertama tamat, pemain import Tok Gajah, Adam Reed menjaringkan gol penyamaan selepas menewaskan penjaga gol Kedah, Mohd Shahril Sa'ari.
Seminit sebaik babak kedua bersambung, pemain tengah, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim memastikan Pahang mendahului Kedah 2-1. #sumber
Demikianlah Artikel Skuad Pahang "Bangkit" Daripada Ketinggalan, Tewaskan Kedah 2-1 Di Stadium Darul Makmur
Anda sekarang membaca artikel Skuad Pahang "Bangkit" Daripada Ketinggalan, Tewaskan Kedah 2-1 Di Stadium Darul Makmur dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/09/skuad-pahang-bangkit-daripada.html
0 Response to "Skuad Pahang "Bangkit" Daripada Ketinggalan, Tewaskan Kedah 2-1 Di Stadium Darul Makmur"
Catat Ulasan