Loading...

Syed Saddiq Daftar Parti Baharu, Ikatan Demoktarik Amaliya (Muda Malaysia)

Loading...
Syed Saddiq Daftar Parti Baharu, Ikatan Demoktarik Amaliya (Muda Malaysia) - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Syed Saddiq Daftar Parti Baharu, Ikatan Demoktarik Amaliya (Muda Malaysia), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Syed Saddiq Daftar Parti Baharu, Ikatan Demoktarik Amaliya (Muda Malaysia)
link : Syed Saddiq Daftar Parti Baharu, Ikatan Demoktarik Amaliya (Muda Malaysia)

Baca juga


Syed Saddiq Daftar Parti Baharu, Ikatan Demoktarik Amaliya (Muda Malaysia)

 


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam menghantar permohonan pendaftaran parti baharu, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia).

Parti itu dikatakan tidak mempunyai had usia dan bangsa sebaliknya ia mewakili semua lapisan masyarakat dan agama.

Semua dokumen pendaftaran itu dihantar ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 10.30 pagi.

Syed Saddiq sebelum ini berkata, beliau tidak akan menyertai Pejuang yang ditubuhkan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kerana mahu memperkasakan golongan muda dan mempromosikan Malaysia yang lebih berbilang kaum.

Katanya, beliau juga berhasrat mahu menamatkan politik wang dan memecahkan status quo politik serta memberi lebih banyak suara kepada golongan muda.

Syed Saddiq adalah ketua Pemuda PPBM dan Menteri Belia dan Sukan sehingga pergolakan dalaman PPBM menyebabkan beliau keluar parti itu bersama Mahathir dan beberapa ahli Parlimen lain.

Sebelum ini, Mahathir berkata beliau tidak yakin parti baharu berasaskan orang muda ditubuhkan Syed Saddiq akan berjaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, walaupun tidak dinafikan Malaysia sebuah negara demokrasi, usaha mendapatkan sokongan orang muda sahaja tidak memadai memandangkan terdapat pelbagai peringkat usia dalam sesebuah Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.

Menurut Mahathir, beliau mempunyai hubungan baik dengan Syed Saddiq dan tidak ada masalah untuk bekerjasama jika matlamat parti yang ditubuhkan bekas menteri itu untuk menghapuskan rasuah. #sumber



Demikianlah Artikel Syed Saddiq Daftar Parti Baharu, Ikatan Demoktarik Amaliya (Muda Malaysia)

Sekianlah artikel Syed Saddiq Daftar Parti Baharu, Ikatan Demoktarik Amaliya (Muda Malaysia) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Syed Saddiq Daftar Parti Baharu, Ikatan Demoktarik Amaliya (Muda Malaysia) dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/09/syed-saddiq-daftar-parti-baharu-ikatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Syed Saddiq Daftar Parti Baharu, Ikatan Demoktarik Amaliya (Muda Malaysia)"

Catat Ulasan

Loading...