Judul : Takiyuddin: PAS Mahukan Penjelasan, UMNO Langgar Piagam MN Jika Sokong Anwar PM !
link : Takiyuddin: PAS Mahukan Penjelasan, UMNO Langgar Piagam MN Jika Sokong Anwar PM !
Takiyuddin: PAS Mahukan Penjelasan, UMNO Langgar Piagam MN Jika Sokong Anwar PM !
KUALA LUMPUR - PAS mahu UMNO menjelaskan berhubung dakwaan berlakunya perubahan sokongan ahli Parlimen parti itu daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sekiranya peralihan itu benar, maka ia boleh dianggap sebagai langkah yang melanggar piagam Muafakat Nasional (MN).
“Justeru sekiranya peralihan ini benar, ia boleh dianggap sebagai suatu gerakan yang bertujuan menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional yang terbina di atas permuafakatan BN, PPBM, PAS, GPS dan beberapa parti lain di atas kejatuhan kerajaan PH,” katanya.
Beliau berkata, piagam Muafakat Nasional dizahirkan berteraskan matlamat menyatupadukan umat Islam dalam negara, sekali gus berusaha mengalahkan Pakatan Harapan (PH) yang diterajui PKR, DAP dan Amanah.
Beliau berkata, piagam Muafakat Nasional dizahirkan berteraskan matlamat menyatupadukan umat Islam dalam negara, sekali gus berusaha mengalahkan Pakatan Harapan (PH) yang diterajui PKR, DAP dan Amanah.
Dalam pada itu, Takiyuddin menyeru Umno supaya kembali menghayati hasrat dan iltizam yang disepakati bersama itu.
“PAS berharap untuk mendapat penjelasan yang sejelas-jelasnya daripada Umno atas dasar rakan muafakat dalam MN.”
Terdahulu, Presiden PKR, Anwar Ibrahim, mengumumkan mendapat “sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan” daripada ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baru.
Anwar juga berkata beliau mendapat perkenan untuk menghadap Agong pada Selasa, tetapi ditangguhkan berikutan Sultan Abdullah mendapat rawatan di Institut Jantung Negara.
Presiden Umno Zahid Hamidi dilaporkan berkata semalam bahawa partinya tidak dapat menghalang ahli Parlimen yang mahu menyokong Anwar.
Pengumuman Anwar itu, bagaimanapun, ditolak oleh pemimpin parti dalam kerajaan PN yang dipimpin oleh Muhyiddin, termasuk BN, PAS, PPBM, GPS, Star dan PBS.
MN adalah kerjasama politik antara Umno dan PAS yang ditandatangani pada 14 Sept tahun lepas dengan tujuan utama mempertahankan perlembagaan negara, menjamin kedudukan Islam sebagai agama persekutuan, memelihara kedaulatan Raja-raja serta kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, memelihara bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan menjamin kedudukan masyarakat majmuk. #sumber
Demikianlah Artikel Takiyuddin: PAS Mahukan Penjelasan, UMNO Langgar Piagam MN Jika Sokong Anwar PM !
Anda sekarang membaca artikel Takiyuddin: PAS Mahukan Penjelasan, UMNO Langgar Piagam MN Jika Sokong Anwar PM ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/09/takiyuddin-pas-mahukan-penjelasan-umno.html
0 Response to "Takiyuddin: PAS Mahukan Penjelasan, UMNO Langgar Piagam MN Jika Sokong Anwar PM !"
Catat Ulasan