Loading...

Tiga pasukan Liga M mungkin ke Liga Amatur

Loading...
Tiga pasukan Liga M mungkin ke Liga Amatur - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiga pasukan Liga M mungkin ke Liga Amatur, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiga pasukan Liga M mungkin ke Liga Amatur
link : Tiga pasukan Liga M mungkin ke Liga Amatur

Baca juga


Tiga pasukan Liga M mungkin ke Liga Amatur

 MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Tiga pasukan Liga Malaysia (Liga M) iaitu PDRM FC, UiTM FC dan UKM FC berdepan kemungkinan disingkirkan ke saingan Liga Amatur musim depan seandainya gagal menyelesaikan proses penswastaan pada 30 September ini.

Dengan berbaki tujuh hari saja lagi, ketiga-tiga pasukan berkenaan disahkan masih di peringkat awal proses penswastaan dan tiada lanjutan tempoh akan diberikan kepada mereka.Pengerusi Jawatankuasa Khas Bolasepak Profesional Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, memaklumkan surat peringatan terakhir sudah pun dihantar kepada pasukan-pasukan ini, semalam.

"Sekiranya gagal berbuat demikian, pasukan berkenaan tidak akan diterima untuk menyertai pertandingan kelab di peringkat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) jika layak, serta juga pertandingan domestik iaitu Liga Super dan Liga Perdana musim 2021.

"Ingin ditekankan di sini bawah tarikh akhir yang ditetapkan iaitu 30 September tidak boleh dianjakkan lagi dan ia perlu diberi perhatian serta tindakan segera daripada pengurusan dan pegawai pasukan-pasukan ini bagi melengkapkan juga proses penswastaan FC ini.

"Dengan ini, FAM sentiasa terbuka untuk memberikan bantuan dan pertolongan kepada mana-mana pasukan yang memerlukan supaya pada akhirnya, kita mahu melihat kesemua pasukan ini dapat melengkapkan juga penswastaan FC ini sebelum tarikh akhir," katanya.

Sementara itu, 12 pasukan sudah pun berjaya melengkapkan penswastaan kelab bola sepak (FC) masing-masing yang turut merangkumi proses pemisahan dari persatuan bola sepak (FA) ke FC.

Pasukan terbabit adalah Johor Darul Ta'zim, Sarawak United FC, Petaling Jaya City FC, Armed Forces FC, Negeri Sembilan, Kelantan United FC, Melaka, Terengganu FC, Kuching FA, Sabah, Kuala Lumpur dan Perak.

Sementara Selangor, Kelantan dan Felda United FC ketika ini sudah dalam peringkat akhir proses manakala Pahang, Pulau Pinang dan Kedah pula dalam peringkat pertengahan proses.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 September 2020 @ 10:05 PM



Demikianlah Artikel Tiga pasukan Liga M mungkin ke Liga Amatur

Sekianlah artikel Tiga pasukan Liga M mungkin ke Liga Amatur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiga pasukan Liga M mungkin ke Liga Amatur dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/09/tiga-pasukan-liga-m-mungkin-ke-liga.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tiga pasukan Liga M mungkin ke Liga Amatur"

Catat Ulasan

Loading...