Loading...

Tuan Ibrahim: Perselisihan UMNO Dan Bersatu Perlu Di Ketepikan Demi Kekalkan PN

Loading...
Tuan Ibrahim: Perselisihan UMNO Dan Bersatu Perlu Di Ketepikan Demi Kekalkan PN - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tuan Ibrahim: Perselisihan UMNO Dan Bersatu Perlu Di Ketepikan Demi Kekalkan PN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tuan Ibrahim: Perselisihan UMNO Dan Bersatu Perlu Di Ketepikan Demi Kekalkan PN
link : Tuan Ibrahim: Perselisihan UMNO Dan Bersatu Perlu Di Ketepikan Demi Kekalkan PN

Baca juga


Tuan Ibrahim: Perselisihan UMNO Dan Bersatu Perlu Di Ketepikan Demi Kekalkan PN

 

KUALA LUMPUR - Tuntutan pilihan raya negeri (PRN) di Sabah memaksa majlis penerimaan secara rasmi Bersatu ke dalam Muafakat Nasional (MN) terpaksa ditunda, kata Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kata Tuan Ibrahim majlis berkenaan sepatutnya diadakan pada 14 Sept lalu iaitu sempena setahun piagam dimeterai di antara UMNO dan PAS.

Menurut menteri kabinet itu lagi, MN bersetuju untuk menerima Bersatu di sebalik adanya rasa kurang senang UMNO kepada parti serpihan mereka itu.

Pun begitu, kata Tuan Ibrahim, perselisihan tersebut terpaksa diketepikan agar kerajaan PN dapat terus dikekalkan.

“Tarikh 14 Sept sepatutnya sambutan tahun pertama Muafakat Nasional dan kita sudah setuju Bersatu menyertainya.

“Oleh kerana PRN Sabah, (ia) terpaksa ditangguhkan... kemungkinan hujung bulan ini kita akan buat semula majlis tersebut,” katanya seperti dipetik harakahdaily hari ini.

Tuan Ibrahim berkata demikian semasa berucap di majlis Ijtimak Pilihan Raya PAS Kubang Kerian malam tadi. Tuan Ibrahim merupakan ahli parlimen bagi kawasan tersebut.

Faham perasaan UMNO

UMNO dan PAS menjalin hubungan secara rasmi pada 14 Sept tahun lalu selepas berdekad-dekad menjadi musuh politik dalam satu majlis yang menghimpunkan pemimpin serta penyokong kedua-dua parti di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Ia dibuat ketika kedua-dua parti masih menjadi pembangkang ketika itu.

Bagaimanapun pada akhir Feb lalu Muhyiddin Yassin membawa Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan (PH) dan sebahagian ahli parlimen PKR pula berpaling tadah untuk menyokong mereka.

Ia menyaksikan kejatuhan kerajaan PH sebelum diikuti dengan kemunculan gabungan Perikatan Nasional (PN) yang menggabungkan Bersatu dan PAS serta Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Progesif Sabah (SAPP).

UMNO dan BN - pula tidak menyertai PN di sebalik pembabitan PAS dalam PN dan MN.

Sebelum ini hubungan UMNO dan Bersatu juga dilihat kurang mesra ekoran isu pengagihan kerusi dewan undangan negeri dan parlimen, terutama membabitkan kawasan yang dimenangi atas tiket BN pada 2018 sebelum wakil rakyatnya melompat ke Bersatu.

Dalam laporan itu juga harakahdaily memetik Tuan Ibrahim sebagai berkata, dia memahami perasaan UMNO apabila terpaksa bekerjasama semua dengan Bersatu.

Katanya, kerjasama kedua-dua parti itu diperlukan untuk memperkuatkan lagi kerajaan PN. #sumber



Demikianlah Artikel Tuan Ibrahim: Perselisihan UMNO Dan Bersatu Perlu Di Ketepikan Demi Kekalkan PN

Sekianlah artikel Tuan Ibrahim: Perselisihan UMNO Dan Bersatu Perlu Di Ketepikan Demi Kekalkan PN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tuan Ibrahim: Perselisihan UMNO Dan Bersatu Perlu Di Ketepikan Demi Kekalkan PN dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/09/tuan-ibrahim-perselisihan-umno-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tuan Ibrahim: Perselisihan UMNO Dan Bersatu Perlu Di Ketepikan Demi Kekalkan PN"

Catat Ulasan

Loading...