Loading...

Wan Rosdy: Pahang Peruntukkan RM18 Juta Atasi Masalah Air Mentah Keruh Di Raub

Loading...
Wan Rosdy: Pahang Peruntukkan RM18 Juta Atasi Masalah Air Mentah Keruh Di Raub - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wan Rosdy: Pahang Peruntukkan RM18 Juta Atasi Masalah Air Mentah Keruh Di Raub, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wan Rosdy: Pahang Peruntukkan RM18 Juta Atasi Masalah Air Mentah Keruh Di Raub
link : Wan Rosdy: Pahang Peruntukkan RM18 Juta Atasi Masalah Air Mentah Keruh Di Raub

Baca juga


Wan Rosdy: Pahang Peruntukkan RM18 Juta Atasi Masalah Air Mentah Keruh Di Raub

 


KUANTAN - Tender terbuka bagi kerja-kerja mengatasi kekeruhan tinggi membabitkan tiga Loji Rawatan Air (LRA) di Raub dijangka dipanggil pada akhir bulan ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, dokumen tender bagi kerja-kerja mengatasi masalah itu sudah siap sepenuhnya dan tempoh penyiapan kerja-kerja berkenaan pula mengambil masa selama 15 bulan.

"Peruntukan yang disediakan sebanyak RM18 juta dan skop projek merangkumi pelantikan jurutera perunding, kerja ukur dan penyiasatan tanah.

"Skop utama projek ini ialah dengan membina tangki praenapan (Pre SedimentationTank) dan penggantian pam dan peralatan elektrik manakala rekabentuknya akan mengambil kira kekeruhan air mentah hingga setinggi 20,000 Nephelometric Turbidity Unit (NTU)," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, taklimat sudah diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurusan Air Pahang Bhd (PAIP), Saiful Zaini Mohd Bokhari pada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri semalam.

Katanya, seperti sedia maklum masalah kekeruhan air mentah yang tinggi di LRA Sungai Bilut, LRA Sungai Semantan dan LRA Sungai Klau menyebabkan operasinya kerap ditutup hingga menyusahkan pengguna di daerah ini.

"Bagi mengatasi masalah itu, kerajaan Pahang segera bertindak termasuk mendapatkan peruntukan sebanyak RM18 juta yang mana RM7.57 juta digunakan untuk LRA Sungai Bilut, LRA Sungai Semantan (RM6.19 juta) dan LRA Sungai Klau (RM4.24 juta)," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Wan Rosdy: Pahang Peruntukkan RM18 Juta Atasi Masalah Air Mentah Keruh Di Raub

Sekianlah artikel Wan Rosdy: Pahang Peruntukkan RM18 Juta Atasi Masalah Air Mentah Keruh Di Raub kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wan Rosdy: Pahang Peruntukkan RM18 Juta Atasi Masalah Air Mentah Keruh Di Raub dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/09/wan-rosdy-pahang-peruntukkan-rm18-juta.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wan Rosdy: Pahang Peruntukkan RM18 Juta Atasi Masalah Air Mentah Keruh Di Raub"

Catat Ulasan

Loading...