Loading...

Wan Rosdy: Taman Negeri Rompin Kembali Terima Pengunjung Pada Bulan Oktober Ini

Loading...
Wan Rosdy: Taman Negeri Rompin Kembali Terima Pengunjung Pada Bulan Oktober Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wan Rosdy: Taman Negeri Rompin Kembali Terima Pengunjung Pada Bulan Oktober Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wan Rosdy: Taman Negeri Rompin Kembali Terima Pengunjung Pada Bulan Oktober Ini
link : Wan Rosdy: Taman Negeri Rompin Kembali Terima Pengunjung Pada Bulan Oktober Ini

Baca juga


Wan Rosdy: Taman Negeri Rompin Kembali Terima Pengunjung Pada Bulan Oktober Ini

 


ROMPIN  -- Taman Negeri Rompin di sini yang merupakan antara hutan hujan tropika tertua di dunia 'kembali' menerima pelancong pada 1 Okt ini selepas ditutup sejak empat tahun lalu bagi tujuan menaik taraf, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata Taman Negeri Rompin yang sebelum ini dikenali sebagai Taman Negeri Endau Rompin, diwujudkan pada 7 Dis 2000 dan dianggarkan berusia lebih 130 juta tahun serta mempunyai hutan yang dikelaskan sebagai hutan tropika tanah pamah malar hijau.

"Taman negeri ini bukan hanya terkenal sebagai destinasi ekopelancongan dalam kalangan rakyat tempatan, malah turut popular dalam kalangan pelancong asing kerana ciri hutannya yang menarik dari segi flora dan fauna, geologi dan sejarah.

"Ia juga mempunyai keindahan semula jadi yang unik dan hutan asli yang sukar ditemui di kawasan lain, selain turut mempunyai Air Terjun Seri Mahkota yang mampu menarik kehadiran pengunjung ke sini," katanya semasa berucap pada Majlis Pembukaan Semula Taman Negeri Rompin di sini, hari ini.

Wan Rosdy  berkata bagi memelihara kelestarian taman negeri itu, Jabatan Perhutanan Pahang dan operator dilantik, Endau Rompin Park Resort Sdn Bhd bersetuju untuk melaksanakan polisi 'Tiada Beg Plastik' di taman tersebut. 

Selain itu, kerajaan negeri juga bersetuju menetapkan fi masuk antara RM10 dan RM30 kepada pelancong tempatan bergantung kepada kategori, manakala warga asing dikenakan bayaran sekitar RM30 ke RM50, dengan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi kedua-dua kategori dibenarkan masuk percuma.

Wan Rosdy juga menjelaskan bahawa nama baharu Taman Negeri Rompin diluluskan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Sultan Pahang bagi mengelakkan kekeliruan dengan Taman Negara Endau-Rompin di Johor.

"Pembukaan semula Taman Negeri Rompin diharapkan dapat meningkatkan aktiviti ekopelancongan di sini, seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk setempat, seperti sektor inap desa, makanan tradisional, penghasilan kraftangan dan pemandu pelancong.

"Kita perlu memanfaatkan peluang yang rakyat Malaysia kini memilih destinasi dalam negara untuk bercuti ekoran pandemik wabak COVID-19 dengan pihak terlibat digesa menggiatkan aktiviti promosi Taman Negeri Rompin termasuk menerusi pemasaran online," katanya.

Wan Rosdy berkata kerajaan negeri akan berusaha meningkatkan kemudahan komunikasi di taman negeri itu, selain turut meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi menaik taraf jalan masuk ke situ.

Beliau juga memaklumkan penutupan taman negeri yang terletak kira-kira 35 kilometer dari bandar Rompin sebelum ini adalah bagi kerja menaik taraf dan pembinaan infrastruktur yang menelan belanja sebanyak RM15 juta, seperti jambatan gantung, menara tinjau, dewan serba guna dan bilik makmal penyelidikan.

Projek itu yang dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) bermula pada 25 Ogos 2016 dengan operator dilantik dijangka melabur sebanyak RM25 juta dalam tempoh 30 tahun untuk meningkatkan fasiliti di situ termasuk pembinaan log cabin chalet dan chalet atas pokok. #sumber



Demikianlah Artikel Wan Rosdy: Taman Negeri Rompin Kembali Terima Pengunjung Pada Bulan Oktober Ini

Sekianlah artikel Wan Rosdy: Taman Negeri Rompin Kembali Terima Pengunjung Pada Bulan Oktober Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wan Rosdy: Taman Negeri Rompin Kembali Terima Pengunjung Pada Bulan Oktober Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/09/wan-rosdy-taman-negeri-rompin-kembali.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wan Rosdy: Taman Negeri Rompin Kembali Terima Pengunjung Pada Bulan Oktober Ini"

Catat Ulasan

Loading...