Loading...

Wong Tack Gesa MB Pahang, Menteri Hentikan Aktiviti Pembalakan Di 'Kawasan Tadahan Air' !

Loading...
Wong Tack Gesa MB Pahang, Menteri Hentikan Aktiviti Pembalakan Di 'Kawasan Tadahan Air' ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wong Tack Gesa MB Pahang, Menteri Hentikan Aktiviti Pembalakan Di 'Kawasan Tadahan Air' !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wong Tack Gesa MB Pahang, Menteri Hentikan Aktiviti Pembalakan Di 'Kawasan Tadahan Air' !
link : Wong Tack Gesa MB Pahang, Menteri Hentikan Aktiviti Pembalakan Di 'Kawasan Tadahan Air' !

Baca juga


Wong Tack Gesa MB Pahang, Menteri Hentikan Aktiviti Pembalakan Di 'Kawasan Tadahan Air' !

 


BENTONG - Ahli Parlimen Bentong Wong Tack menggesa Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail supaya menghentikan aktiviti pembalakan berdekatan kawasan tadahan air loji rawatan air Sungai Gapoi di Pelangai, dekat sini.

Katanya, beliau menerima aduan daripada pemimpin komuniti berhubung aktiviti pembalakan di situ, sekali gus meminta Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man serta ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai Adnan Yaakob turut campur tangan.

Beliau berkata, sebelum pilihan raya umum 2018, percubaan untuk menjalankan aktiviti pembalakan di situ mendapat tentangan keras daripada komuniti tempatan dan NGO alam sekitar menyebabkan Adnan yang merupakan Menteri Besar Pahang ketika itu campur tangan.

“Sekarang lampu hijau diberikan untuk membalak di kawasan ini dengan alasan untuk membuka ‘ladang rakyat’.

“Alasan lemah ini jelas merupakan langkah untuk mengabui pandangan rakyat dan menghalalkan aktiviti pembalakan. Ribuan ekar hutan ditebang secara tidak bertanggunjawab sepanjang dekad lepas, tetapi dibiarkan sehingga sekarang.

“Kenapa kita perlu tebang lagi? Tujuannya jelas. Mereka mahukan kayu balak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wong berkata, aktiviti pembalakan di bahagian hulu loji rawatan air akan memberi kesan ke atas bekalan air lebih 50,000 penduduk Pelangai, selain menambah bahawa ia merupakan satu-satunya sumber air bersih mereka.

Beliau berkata, aktiviti pembalakan juga memberi kesan ke atas potensi ekopelancongan di bahagian hilir sungai, di mana terletaknya beberapa petempatan Orang Asli dan air terjun.

Katanya, langkah melindungi sumber air penting untuk perkembangan masa depan kawasan itu, terutama sebaik siapnya sambungan Lebuhraya Utama Tengah (CSR) yang menghubungkan Pelangai dengan Bentong.

“Sekiranya lebuh raya itu dilanjutkan ke Negeri Sembilan, maka Pelangai akan menjadi pintu masuk selatan ke Bentong. Dengan pembangunan, keperluan air akan bertambah. #sumber



Demikianlah Artikel Wong Tack Gesa MB Pahang, Menteri Hentikan Aktiviti Pembalakan Di 'Kawasan Tadahan Air' !

Sekianlah artikel Wong Tack Gesa MB Pahang, Menteri Hentikan Aktiviti Pembalakan Di 'Kawasan Tadahan Air' ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wong Tack Gesa MB Pahang, Menteri Hentikan Aktiviti Pembalakan Di 'Kawasan Tadahan Air' ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/09/wong-tack-gesa-mb-pahang-menteri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wong Tack Gesa MB Pahang, Menteri Hentikan Aktiviti Pembalakan Di 'Kawasan Tadahan Air' !"

Catat Ulasan

Loading...