Judul : Yang di-Pertua Negeri "Minta Tempoh", Siapa Ketua Menteri Sabah Masih Jadi Tanda Tanya?
link : Yang di-Pertua Negeri "Minta Tempoh", Siapa Ketua Menteri Sabah Masih Jadi Tanda Tanya?
Yang di-Pertua Negeri "Minta Tempoh", Siapa Ketua Menteri Sabah Masih Jadi Tanda Tanya?
KOTA KINABALU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin berkata, Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin meminta tempoh untuk menentukan calon Ketua Menteri.
Bagaimanapun, beliau yang juga Ketua UMNO negeri berkata keputusan dijangka dicapai dalam masa terdekat.
“Beliau (Juhar) minta tempoh, dalam masa secepat mungkin,” katanya ketika ditemui selepas keluar dari perkarangan Istana Negeri hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Seri Hj Hajiji Mohd Noor ketika ditemui hanya berkata ringkas “TYT (Tuan Yang Terutama) akan putuskan”.
Setiausaha Agung PBS, Datuk Jahid Jahim pula berkata, perbincangan berhubung calon ketua menteri berjalan dengan baik.
“Satu perbincangan yang baik,” katanya ringkas ketika keluar dari perkarangan istana.
Terdahulu, tiga pemimpin berkenaan dan Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan keluar dari perkarangan istana jam 3.20 petang. #sumber
Demikianlah Artikel Yang di-Pertua Negeri "Minta Tempoh", Siapa Ketua Menteri Sabah Masih Jadi Tanda Tanya?
Anda sekarang membaca artikel Yang di-Pertua Negeri "Minta Tempoh", Siapa Ketua Menteri Sabah Masih Jadi Tanda Tanya? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/09/yang-di-pertua-negeri-minta-tempoh.html
0 Response to "Yang di-Pertua Negeri "Minta Tempoh", Siapa Ketua Menteri Sabah Masih Jadi Tanda Tanya?"
Catat Ulasan