Judul : Zahid Serah Kepada ADUN Barisan Nasional Sabah Untuk Tentukan Calon Ketua Menteri
link : Zahid Serah Kepada ADUN Barisan Nasional Sabah Untuk Tentukan Calon Ketua Menteri
Zahid Serah Kepada ADUN Barisan Nasional Sabah Untuk Tentukan Calon Ketua Menteri
KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada ADUN Barisan Nasional Sabah untuk menentukan calon Ketua Menteri selepas menerima perkenan Yang di-Pertua Negeri Sabah.
Pada sidang media yang disiarkan di Facebooknya, Zahid berkata UMNO dan BN Sabah diberi kuasa autonomi untuk menentukan perkara itu.
Beliau meminta supaya satu perundingan dapat dijalankan dengan baik antara parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi memilih Ketua Menteri Sabah yang baru.
Bagaimanapun katanya, secara munasabah, parti yang mempunyai kerusi paling banyak akan memimpin kerajaan negeri.
"Biar orang Sabah tentukan ketua menteri tanpa ada telunjuk yang menunjukkan siapa orang itu sama ada dari Kuala Lumpur atau Putrajaya," kata Zahid. #sumber
Demikianlah Artikel Zahid Serah Kepada ADUN Barisan Nasional Sabah Untuk Tentukan Calon Ketua Menteri
Anda sekarang membaca artikel Zahid Serah Kepada ADUN Barisan Nasional Sabah Untuk Tentukan Calon Ketua Menteri dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/09/zahid-serah-kepada-adun-barisan.html
0 Response to "Zahid Serah Kepada ADUN Barisan Nasional Sabah Untuk Tentukan Calon Ketua Menteri"
Catat Ulasan