Judul : Zahid Tidak Benarkan BN Serah Jawatan Ketua Menteri Sabah Kepada Parti Lain !
link : Zahid Tidak Benarkan BN Serah Jawatan Ketua Menteri Sabah Kepada Parti Lain !
Zahid Tidak Benarkan BN Serah Jawatan Ketua Menteri Sabah Kepada Parti Lain !
PETALING JAYA - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bekas gabungan kerajaan itu tidak bersedia untuk menyerahkan jawatan Ketua Menteri Sabah kepada parti lain.
Menurut laporan akhbar The Star, Zahid berkata, beliau telah menulis surat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin mencadangkan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai Ketua Menteri negeri itu yang baru.
Beliau berkata, telah dua kali BN memberi ruang kepada PPBM, iaitu membenarkannya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Besar Perak walaupun ia (BN) mempunyai wakil lebih ramai.
Katanya, di Perak, UMNO mempunyai 25 ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berbanding PPBM empat kerusi, namun UMNO bersetuju melantik Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Ketua Menteri.
Selain itu katanya, UMNO dan GPS juga bersetuju Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri walaupun PPBM tidak mempunyai anggota Parlimen paling ramai.
“Bagi kita, sekiranya (ADUN) BN tidak dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah, maka kos ke atas Barisan Nasional pada masa depan menjadi terlalu besar untuk ditanggung.
“Kajian kami menunjukkan kesan ke atas Barisan Nasional tidak baik. Saya tidak bersetuju Bung mengalah kepada orang lain di luar Barisan untuk jawatan Ketua Menteri. Tidak,” kata Zahid menurut laporan itu.
Semalam Bung mendedahkan bahawa Juhar meminta lebih masa untuk memutuskan pelantikan Ketua Menteri baru selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terdiri daripada Perikatan Nasional, BN dan PBS berjaya memenangi pilihan raya negeri Sabah Sabtu lepas.
Pemimpin PN dan BN dilihat mencapai kata sepakat semalam selepas mengadakan pertemuan selama beberapa jam bagi memutuskan calon Ketua Menteri GRS.
Bung bagaimanapun enggan menjawab apabila ditanya tentang calon ketua menteri gabungan itu dengan berkata,” biar Gabenor buat keputusan”. #sumber
Demikianlah Artikel Zahid Tidak Benarkan BN Serah Jawatan Ketua Menteri Sabah Kepada Parti Lain !
Anda sekarang membaca artikel Zahid Tidak Benarkan BN Serah Jawatan Ketua Menteri Sabah Kepada Parti Lain ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/09/zahid-tidak-benarkan-bn-serah-jawatan.html
0 Response to "Zahid Tidak Benarkan BN Serah Jawatan Ketua Menteri Sabah Kepada Parti Lain !"
Catat Ulasan