Loading...

ADUN Jeram Kecewa Pendaftaran 'PEJUANG' Belum Selesai, Syak Ada Unsur 'Pilih Kasih' !

Loading...
ADUN Jeram Kecewa Pendaftaran 'PEJUANG' Belum Selesai, Syak Ada Unsur 'Pilih Kasih' ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ADUN Jeram Kecewa Pendaftaran 'PEJUANG' Belum Selesai, Syak Ada Unsur 'Pilih Kasih' !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ADUN Jeram Kecewa Pendaftaran 'PEJUANG' Belum Selesai, Syak Ada Unsur 'Pilih Kasih' !
link : ADUN Jeram Kecewa Pendaftaran 'PEJUANG' Belum Selesai, Syak Ada Unsur 'Pilih Kasih' !

Baca juga


ADUN Jeram Kecewa Pendaftaran 'PEJUANG' Belum Selesai, Syak Ada Unsur 'Pilih Kasih' !

 


PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli kecewa berhubung maklum balas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) terhadap permohonan pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang belum diselesaikan dan mengesyaki ada unsur “pilih kasih” dalam perkara itu.

Beliau juga terkejut selepas hampir 3 bulan permohonan, pendaftaran Pejuang masih belum diselesaikan sepenuhnya berdasarkan semakan dalam sistem eROSES.

“Saya tidak dapat bersetuju sepenuhnya dengan alasan JPPM, yang mendakwa Jawatankuasa Penaja Pejuang tidak melakukan semakan pada setiap permohonan dikemukakan terutama dokumentasi penting seperti perlembagaan parti.

“Setiap hari saya mengikuti perkembangan permohonan Pejuang ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, JPPM memaklumkan permohonan pendaftaran Pejuang belum dapat diselesaikan kerana masih dalam penilitian dan semakan.

JPPM berkata, berdasarkan rekod jabatan hingga 29 Oktober, permohonan Pejuang belum diselesaikan sepenuhnya dan masih berada dalam sistem eROSES.

Dalam pada itu, Shaid berkata sebagai Adun bebas, beliau menunggu kelulusan Pejuang bagi membolehkannya menyertai parti itu.

Beliau berharap perkara itu dapat diselesaikan secara berhemah dan profesional tanpa menjadi “alat kerajaan” yang bermotifkan politik.

“Saya juga merasakan wujud unsur ‘pilih kasih’ ekoran pendaftaran Perikatan Nasional (PN) yang diluluskan oleh jabatan itu dengan segera dalam proses yang amat meragukan.

“Saya juga meminta Menteri Dalam Negeri (Hamzah Zainudin) lebih profesional dalam menjalankan tugas. Beliau perlu menyelesaikan masalah bawah kementerian beliau bagi menjaga integriti kementerian itu sendiri,” katanya. #sumber6



Demikianlah Artikel ADUN Jeram Kecewa Pendaftaran 'PEJUANG' Belum Selesai, Syak Ada Unsur 'Pilih Kasih' !

Sekianlah artikel ADUN Jeram Kecewa Pendaftaran 'PEJUANG' Belum Selesai, Syak Ada Unsur 'Pilih Kasih' ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ADUN Jeram Kecewa Pendaftaran 'PEJUANG' Belum Selesai, Syak Ada Unsur 'Pilih Kasih' ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/10/adun-jeram-kecewa-pendaftaran-pejuang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "ADUN Jeram Kecewa Pendaftaran 'PEJUANG' Belum Selesai, Syak Ada Unsur 'Pilih Kasih' !"

Catat Ulasan

Loading...