Loading...

Bukit Aman: Langgar Perintah Kuarantin: Kes Mohd Khairuddin Di Klasifikasi Sebagai NFA !

Loading...
Bukit Aman: Langgar Perintah Kuarantin: Kes Mohd Khairuddin Di Klasifikasi Sebagai NFA ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bukit Aman: Langgar Perintah Kuarantin: Kes Mohd Khairuddin Di Klasifikasi Sebagai NFA !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bukit Aman: Langgar Perintah Kuarantin: Kes Mohd Khairuddin Di Klasifikasi Sebagai NFA !
link : Bukit Aman: Langgar Perintah Kuarantin: Kes Mohd Khairuddin Di Klasifikasi Sebagai NFA !

Baca juga


Bukit Aman: Langgar Perintah Kuarantin: Kes Mohd Khairuddin Di Klasifikasi Sebagai NFA !

 


KUALA LUMPUR -- Pejabat Peguam Negara mengambil keputusan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang dipercayai melanggar perintah kuarantin wajib COVID-19.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata pejabat itu mengeluarkan arahan ‘tiada tindakan lanjut’ (NFA) susulan tiada keterangan kukuh bagi mengasaskan pertuduhan terhadap menteri itu.

"Pihak polis telah menyerahkan kertas siasatan berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara dan keputusannya diperolehi adalah NFA berhubung kes berkenaan.

"Daripada sudut keterangan, didapati beliau telah tidak diserahkan dengan Borang 14b di bawah Seksyen 15 (1) Akta 342 bagi tujuan menjalani kuarantin," katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman hari ini.

Pada 30 Sept lalu, media melaporkan polis sedang memperkemas kertas siasatan berhubung kes itu seperti yang diarahkan Jabatan Peguam Negara.

Mohd Khairuddin sebelum ini berdepan kritikan termasuk desakan agar beliau meletakkan jawatan susulan dakwaan kegagalannya mematuhi arahan kuarantin wajib mencegah penularan COVID-19 sekembali dari Turki, Julai lalu.

Dalam perkembangan lain, Huzir berkata pihaknya telah merakam beberapa keterangan saksi berhubung siasatan kes dakwaan cubaan melakukan gangguan seksual dilakukan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ke atas seorang kakitangan wanita sebuah hotel di Ayer Keroh pada 2 Okt lalu.

"Kertas siasatan telah dibuka sebelum ini, kita rakam keterangan saksi dan individu yang didakwa atas fitnah berkenaan.

"Polis dalam masa sama telah merampas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi terbabit selain telah bekerjasama dengan Suruhanjya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengesan alamat yang membuat kenyataan fitnah menerusi pautan Facebook membabitkan kes itu," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita tampil membuat laporan polis atas satu penyebaran fitnah kononnya beliau telah dirogol oleh Ab Rauf. #sumber



Demikianlah Artikel Bukit Aman: Langgar Perintah Kuarantin: Kes Mohd Khairuddin Di Klasifikasi Sebagai NFA !

Sekianlah artikel Bukit Aman: Langgar Perintah Kuarantin: Kes Mohd Khairuddin Di Klasifikasi Sebagai NFA ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bukit Aman: Langgar Perintah Kuarantin: Kes Mohd Khairuddin Di Klasifikasi Sebagai NFA ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/10/bukit-aman-langgar-perintah-kuarantin.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bukit Aman: Langgar Perintah Kuarantin: Kes Mohd Khairuddin Di Klasifikasi Sebagai NFA !"

Catat Ulasan

Loading...