Loading...

Darurat Akan Ganggu Pemulihan Ekonomi, Putrajaya Di Beri Amaran

Loading...
Darurat Akan Ganggu Pemulihan Ekonomi, Putrajaya Di Beri Amaran - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Darurat Akan Ganggu Pemulihan Ekonomi, Putrajaya Di Beri Amaran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Darurat Akan Ganggu Pemulihan Ekonomi, Putrajaya Di Beri Amaran
link : Darurat Akan Ganggu Pemulihan Ekonomi, Putrajaya Di Beri Amaran

Baca juga


Darurat Akan Ganggu Pemulihan Ekonomi, Putrajaya Di Beri Amaran

 

 

PETALING JAYA - Dua pakar ekonomi memberi amaran tentang kesan buruk ke atas ekonomi Malaysia sekiranya kerajaan mengisytiharkan perintah Darurat.

Memberi komentar kepada laporan mengatakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia untuk mengumumkan “darurat separa”, Carmelo Ferlito dari Pusat Pendidikan Pasaran Malaysia dan Goh Lim Thye dari Universiti Malaya berkata, darurat dalam apa juga bentuk akan membantutkan pemulihan ekonomi.

Dipercayai Putrajaya akan mengisytiharkan darurat bagi membantu kerajaan menangani pandemik Covid-19 dan menghentikan perbalahan politik.

Ferlito berkata, langkah itu akan menjadi “reaksi melampau” yang tidak akan membantu ekonomi yang sudah sedia terkesan.

“Saya rasa ini adalah langkah yang boleh dipersoalkan memandangkan jumlah kes dan angka kematian jauh masih terlalu jauh daripada keadaan darurat,” katanya.

“Ini akan menjadi tekanan kuat buat demokrasi dan ekonomi. Ini akan menimbulkan ketidaktentuan politik dan mendorong pelabur lari dari negara ini. ”

Katanya, beliau bimbang tindakan itu akan menyebabkan syarikat multinasional meninggalkan negara dan selain menambah bahawa kerajaan tidak boleh membuat keputusan tanpa berunding dengan pemegang taruh.

“Status darurat menyamai langkah untuk tidak melibatkan pemegang taruh,” katanya.

“Situasi ini sangat berbahaya kerana proses demokrasi sudah pun menjadi isu dan ekonomi pula muram.

“Kita perlukan suasana yang tenang bagi memastikan negara keluar daripada masalah sekarang.”

Beliau berkata Malaysia boleh menggunakan dasar yang jelas dan berkesan terhadap Covid-19 tanpa perlu menggantung demokrasi.

Goh berkata darurat akan merosakkan lagi perniagaan yang kini bertahan dengan kesan perintah kawalan bersyarat.

Beliau mengingatkan langkah itu berkemungkinan menguncupkan pertumbuhan ekonomi.

Rabu lalu, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan ekonomi Malaysia akan menyusut sebanyak 6% tahun ini, lebih buruk daripada jangkaan penguncupan pada Jun, iaitu sebanyak 3.8%.

Bimbang dengan kemungkinan darurat diisytiharkan, pelabur menyebabkan FBM KLCI turun sebanyak 4.16 mata, atau 0.3%, untuk ditutup pada 1,494.64 semalam.

Ketua pakar ekonomi Bank Islam Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, masih terlalu awal untuk meramalkan apakah indeks penanda aras akan naik semula apabila perdagangan disambung semula pada Isnin.

Mengulas mengenai penurunan KLCI, Shankaran Nambiar dari Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia berkata, ketiadaan maklumat yang mencukupi ketika ini dapat menimbulkan kebimbangan yang tidak perlu dalam pasaran.

“Ada keperluan yang mendesak untuk memperjelaskan situasi,” katanya.

“Ini adalah sesuatu yang sangat kita perlukan dengan keadaan ekonomi yang sudah tertekan ini.” #sumber



Demikianlah Artikel Darurat Akan Ganggu Pemulihan Ekonomi, Putrajaya Di Beri Amaran

Sekianlah artikel Darurat Akan Ganggu Pemulihan Ekonomi, Putrajaya Di Beri Amaran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Darurat Akan Ganggu Pemulihan Ekonomi, Putrajaya Di Beri Amaran dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/10/darurat-akan-ganggu-pemulihan-ekonomi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Darurat Akan Ganggu Pemulihan Ekonomi, Putrajaya Di Beri Amaran"

Catat Ulasan

Loading...