Loading...

JAS Pahang Sahkan Tiada Aktiviti Pembalakan Atau Kerja Perlombongan Haram Di Lubuk Yu !

Loading...
JAS Pahang Sahkan Tiada Aktiviti Pembalakan Atau Kerja Perlombongan Haram Di Lubuk Yu ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JAS Pahang Sahkan Tiada Aktiviti Pembalakan Atau Kerja Perlombongan Haram Di Lubuk Yu !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JAS Pahang Sahkan Tiada Aktiviti Pembalakan Atau Kerja Perlombongan Haram Di Lubuk Yu !
link : JAS Pahang Sahkan Tiada Aktiviti Pembalakan Atau Kerja Perlombongan Haram Di Lubuk Yu !

Baca juga


JAS Pahang Sahkan Tiada Aktiviti Pembalakan Atau Kerja Perlombongan Haram Di Lubuk Yu !

 


PEKAN -- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang mengesahkan tiada aktiviti pembalakan atau kerja perlombongan haram yang dijalankan di Taman Eko Rimba Lubuk Yu, Maran kira-kira 100 kilometer dari sini, sehingga mengakibatkan air sungai kawasan itu keruh.

Pengarahnya, Mohd Sani Mat Daud berkata ia susulan lawatan bersepadu pihaknya bersama dua agensi berkaitan pada Khamis, bagi mengenal pasti punca kekeruhan air sungai berkenaan.

"Kita telah menelusuri sungai di Lubuk Yu itu sejauh 13 kilometer ke atas bersama Jabatan Perhutanan Pahang dan Pejabat Tanah Maran dan hasilnya kita mendapati tiada kerja pembalakan atau kerja perlombongan dilakukan di sekitar kawasan itu.

"JAS juga telah mengambil sampel air sungai itu untuk diuji ketika tahap kekeruhannya masih tinggi bagi memastikan kandungannya tidak tercemar," katanya pada sidang media selepas Program Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) sempena Hari Alam Sekitar di sini hari ini.

Rabu lepas, Bernama melaporkan air sungai di Lubuk Yu menjadi keruh sehingga menyebabkan beberapa pengunjung yang datang ke destinasi pelancongan menarik itu kecewa, selain menimbulkan tanda tanya kerana rata-rata penduduk setempat tidak mengetahui punca kejadian tersebut.

Dalam perkembangan lain, Mohd Sani menyaran masyarakat supaya melupuskan bahan buangan elektrik dan elektronik dengan betul bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar.

"Sisa elektronik ini mengandungi bahan berbahaya dan berharga yang perlu dikitar semula...jika tidak bahan buangan itu boleh bertindak balas apabila terkena air atau asid hingga menyebabkan pelepasan gas dan sebagainya.

"JAS akan berusaha meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai hal ini dari semasa ke semasa selain melantik syarikat bagi menguruskan sisa buangan ini dengan baik tanpa menjejaskan alam sekitar," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel JAS Pahang Sahkan Tiada Aktiviti Pembalakan Atau Kerja Perlombongan Haram Di Lubuk Yu !

Sekianlah artikel JAS Pahang Sahkan Tiada Aktiviti Pembalakan Atau Kerja Perlombongan Haram Di Lubuk Yu ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JAS Pahang Sahkan Tiada Aktiviti Pembalakan Atau Kerja Perlombongan Haram Di Lubuk Yu ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/10/jas-pahang-sahkan-tiada-aktiviti.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "JAS Pahang Sahkan Tiada Aktiviti Pembalakan Atau Kerja Perlombongan Haram Di Lubuk Yu !"

Catat Ulasan

Loading...