Loading...

Mahkamah: Rosmah Nafi Beliau Kenal Individu Penting Kes Rasuah "Projek Solar" Di Sarawak

Loading...
Mahkamah: Rosmah Nafi Beliau Kenal Individu Penting Kes Rasuah "Projek Solar" Di Sarawak - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah: Rosmah Nafi Beliau Kenal Individu Penting Kes Rasuah "Projek Solar" Di Sarawak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah: Rosmah Nafi Beliau Kenal Individu Penting Kes Rasuah "Projek Solar" Di Sarawak
link : Mahkamah: Rosmah Nafi Beliau Kenal Individu Penting Kes Rasuah "Projek Solar" Di Sarawak

Baca juga


Mahkamah: Rosmah Nafi Beliau Kenal Individu Penting Kes Rasuah "Projek Solar" Di Sarawak

 


KUALA LUMPUR - Rosmah Mansor menafikan dia mengenali individu-individu penting dalam projek tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak yang kini menjadi pertikaian di mahkamah.

Penafian tersebut terkandung dalam petikan kenyataan yang dirakam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2018.

Ia diberikan kebenaran untuk didedahkan ketika perbicaraan kes rasuah melibatkan Rosmah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Menurut kenyataan itu, isteri kepada bekas Perdana Menteri Najib Razak mendakwa bahawa dia tidak mengenali bekas pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin dan bekas rakan perniagaannya, Rayyan Radzwill Abdullah.

Penafian Rosmah itu dibuat ketika menjawab dua soalan daripada SPRM mengenai adakah dia mengenali dua individu tersebut.

Saidi dan Rayyan merupakan dua individu penting dalam perbicaraan kes tersebut telah memberikan keterangan saksi dalam kes rasuah yang berkaitan dengan projek itu.

Rosmah juga menafikan bahawa dia mengenali individu yang dikenali sebagai “Cikgu Azmi,” apabila ditanya mengenai apakah yang dia tahu mengenai projek tersebut.

Sebelum ini, dilaporkan individu yang dikenali sebagai “Cikgu Azmi” merujuk kepada Setiausaha UMNO Pekan, Aazmey Abu Talib.

Nama tersebut turut disebut oleh bekas menteri pendidikan, Mahdzir Khalid dalam keterangannya sebagai saksi.

Sementara itu, ketika perbiacaraan hari ini, pegawai penyiasat SPRM Noornabilah Mohd Aziman memberi keterangan bahawa bukti yang dikumpulnya ketika siasatan dijalankan mendapati Rosmah seperti mengenali Saidi.

Saksi ke-23 itu berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berhubung kenyataan Rosmah kepada SPRM yang didedahkan itu.

Ketika pemeriksaan semula oleh pihak pendakwa hari ini, Noornabilah berkata bahawa terdapat satu video dan gambar Saidi di kediaman Rosmah di No 11, Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur apabila Akram meminta sama ada terdapat bukti yang menunjukkan Said berada di kediaman Rosmah.

Ketika melihat gambar yang ditunjukkan itu, Noornabilah mengesahkan bahawa ia merupakan antara bukti Saidi dan Rosmah mengenali sesama sendiri.

Sementara itu, Akram turut memaklumkan kepada hakim Mohamed Zaini Mazlan bahawa pihak pembelaan telah meminta untuk memanggil semula Mahdzir untuk pemeriksaan balas selanjutnya.

Zaini kemudian menangguhkan perbicaraan untuk hari ini dan menetapkan 20 Okt untuk pihak pembelaan memanggil semula Mahdzir sebagai saksi bagi pemeriksaan balas.

Rosmah kini dibicara atas tuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, menerusi bekas pembantu Rosmah iaitu Rizal Mansor bagi projek membekalkan tenaga solar kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak. #sumber



Demikianlah Artikel Mahkamah: Rosmah Nafi Beliau Kenal Individu Penting Kes Rasuah "Projek Solar" Di Sarawak

Sekianlah artikel Mahkamah: Rosmah Nafi Beliau Kenal Individu Penting Kes Rasuah "Projek Solar" Di Sarawak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah: Rosmah Nafi Beliau Kenal Individu Penting Kes Rasuah "Projek Solar" Di Sarawak dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/10/mahkamah-rosmah-nafi-beliau-kenal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

1 Response to "Mahkamah: Rosmah Nafi Beliau Kenal Individu Penting Kes Rasuah "Projek Solar" Di Sarawak"

  1. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan referral 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*
    Kini Hadir Deposit via Pulsa Telkomsel / XL ( Online 24 Jam )

    BalasPadam

Loading...