Loading...

Mahkamah Tinggi Dengar "Prosiding Komital" Terhadap Lokman Adam Pada 14 Disember Ini

Loading...
Mahkamah Tinggi Dengar "Prosiding Komital" Terhadap Lokman Adam Pada 14 Disember Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah Tinggi Dengar "Prosiding Komital" Terhadap Lokman Adam Pada 14 Disember Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah Tinggi Dengar "Prosiding Komital" Terhadap Lokman Adam Pada 14 Disember Ini
link : Mahkamah Tinggi Dengar "Prosiding Komital" Terhadap Lokman Adam Pada 14 Disember Ini

Baca juga


Mahkamah Tinggi Dengar "Prosiding Komital" Terhadap Lokman Adam Pada 14 Disember Ini

 


KUALA LUMPUR  -- Mahkamah Tinggi di sini akan mendengar prosiding komital yang dikemukakan Peguam Negara terhadap bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam pada 14 Dis ini.

Peguam Negara memulakan prosiding komital terhadap Lokman atas dakwaan mengugut seorang saksi dalam perbicaraan kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Saksi itu merupakan bekas pegawai khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, saksi penting dalam kes berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam semasa dihubungi memaklumkan bahawa prosding itu akan didengar di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Beliau berkata Mahkamah Persekutuan juga telah menetapkan 26 Nov ini untuk mendengar rayuan Lokman berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuannya untuk mengetepikan kebenaran diperoleh Peguam Negara di Mahkamah Tinggi bagi memulakan prosiding komital terhadapnya.

“14 Dis ditetapkan sebagai tarikh untuk mendengar prosiding komital jika Lokman gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan.” katanya.

Pada 14 Jan lepas, hakim Sequerah, menolak permohonan Lokman Noor itu selepas berpendapat kenyataan oleh Peguam Negara adalah jelas dan mencukupi ketika ia dibawa kepada perhatian responden (Lokman Noor).

Pada 22 Okt tahun lepas, hakim Sequerah memberi kebenaran kepada Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas untuk memulakan prosiding komital terhadap Lokman Noor bagi perbuatan menghina mahkamah yang dilakukan dua kali pada 25 Sept tahun lepas.

Thomas, yang dilantik sebagai Peguam Negara untuk tempoh dua tahun pada 4 Jun, 2018 oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali, meletak jawatan pada 29 Feb lepas.

Thomas memulakan prosiding komital terhadap Lokman Noor dengan memohon supaya responden dipenjara atau didenda atas perbuatannya.

Menurut Thomas, pada 25 Sept tahun lepas, Lokman Noor dalam temu bual video telah mengeluarkan perkataan berbaur ancaman atau membawa maksud untuk mengugut Amhari Efendi kerana memberi keterangan dalam perbicaraan kes Najib di Mahkamah Tinggi.

Tujuan tindakan responden, kata Peguam Negara, adalah untuk mengganggu dan mengugut Amhari Efendi, saksi-saksi lain dan mana-mana saksi berpotensi yang mungkin tampil untuk memberi keterangan terhadap Najib pada perbicaraan kes 1MDB. #sumber



Demikianlah Artikel Mahkamah Tinggi Dengar "Prosiding Komital" Terhadap Lokman Adam Pada 14 Disember Ini

Sekianlah artikel Mahkamah Tinggi Dengar "Prosiding Komital" Terhadap Lokman Adam Pada 14 Disember Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah Tinggi Dengar "Prosiding Komital" Terhadap Lokman Adam Pada 14 Disember Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/10/mahkamah-tinggi-dengar-prosiding.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mahkamah Tinggi Dengar "Prosiding Komital" Terhadap Lokman Adam Pada 14 Disember Ini"

Catat Ulasan

Loading...