Loading...

Muhyiddin Kini Semakin Goyah, Perlu Kerajaan Baharu Untuk Bentangkan "Belanjawan 2021" !

Loading...
Muhyiddin Kini Semakin Goyah, Perlu Kerajaan Baharu Untuk Bentangkan "Belanjawan 2021" ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Muhyiddin Kini Semakin Goyah, Perlu Kerajaan Baharu Untuk Bentangkan "Belanjawan 2021" !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Muhyiddin Kini Semakin Goyah, Perlu Kerajaan Baharu Untuk Bentangkan "Belanjawan 2021" !
link : Muhyiddin Kini Semakin Goyah, Perlu Kerajaan Baharu Untuk Bentangkan "Belanjawan 2021" !

Baca juga


Muhyiddin Kini Semakin Goyah, Perlu Kerajaan Baharu Untuk Bentangkan "Belanjawan 2021" !

 


PETALING JAYA -  Kedudukan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang goyah malah tidak mempunyai sokongan majoriti kukuh adalah sebab utama Belanjawan 2021 perlu dibuat dan dibentangkan oleh kerajaan baharu.

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor Isham Jalil berkata, besar kemungkinan Kabinet ketika ini tidak akan ada lagi tahun depan untuk melaksanakan dasar dan perbelanjaan diperuntukkan dalam bajet itu kerana pada bila-bila masa saja kerajaan ketika ini akan tumbang.

“Menjunjung kasih dan taat kepada titah Yang di-Pertuan Agong semalam tentang kepentingan Belanjawan 2021 untuk tahun depan, oleh sebab ini pada hemat saya bajet tersebut perlu dibuat dan dibentang oleh perdana menteri dan kerajaan yang baharu.

“Adalah tidak masuk akal dan tidak waras untuk mengekang pentadbiran akan datang untuk melaksanakan Belanjawan 2021 yang disediakan oleh pentadbiran sebelumnya. Ini tidak baik untuk rakyat dan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dalam kedudukan Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang amat goyah ketika ini, rakyat dan negara akan terdedah kepada risiko peruntukan dan perbelanjaan dalam Belanjawan 2021 yang tidak berhemah bagi memujuk ahli politik untuk meraih sokongan.

“Muhyiddin akan menggunakan ‘kemenangan’ dalam undian bajet ini sebagai kononnya tanda sokongan majoriti Dewan Rakyat ke atas kepimpinannya sebagai perdana menteri dan akan terus memegang jawatan tersebut walaupun hakikat sokongan kepadanya adalah tidak begitu.

“Jika Muhyiddin berjaya mendapat kelulusan untuk Belanjawan 2021 di Parlimen bulan depan sekali pun, kemelut politik masih akan berterusan dan pelaksanaan bajet ini akan terbantut atau sebahagian besarnya tidak boleh dilaksanakan langsung kerana kedudukan Muhyiddin yang goyah,” katanya.

Justeru, beliau mendesak ahli Parlimen Pagoh itu berundur dan menyerahkan jawatan kepada perdana menteri dan Kabinet yang baharu untuk membentangkan Belanjawan 2021.

“Ini bagi mengelakkan komplikasi di atas untuk kepentingan rakyat dan negara dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong atas kepentingan Belanjawan 2021 tersebut,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Muhyiddin Kini Semakin Goyah, Perlu Kerajaan Baharu Untuk Bentangkan "Belanjawan 2021" !

Sekianlah artikel Muhyiddin Kini Semakin Goyah, Perlu Kerajaan Baharu Untuk Bentangkan "Belanjawan 2021" ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Muhyiddin Kini Semakin Goyah, Perlu Kerajaan Baharu Untuk Bentangkan "Belanjawan 2021" ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/10/muhyiddin-kini-semakin-goyah-perlu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Muhyiddin Kini Semakin Goyah, Perlu Kerajaan Baharu Untuk Bentangkan "Belanjawan 2021" !"

Catat Ulasan

Loading...