Loading...

Najib: Dua Cara Tingkatkan Aliran Tunai KWSP Jika Pengeluaran Akaun 1 Dibenarkan Kerajaan

Loading...
Najib: Dua Cara Tingkatkan Aliran Tunai KWSP Jika Pengeluaran Akaun 1 Dibenarkan Kerajaan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib: Dua Cara Tingkatkan Aliran Tunai KWSP Jika Pengeluaran Akaun 1 Dibenarkan Kerajaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib: Dua Cara Tingkatkan Aliran Tunai KWSP Jika Pengeluaran Akaun 1 Dibenarkan Kerajaan
link : Najib: Dua Cara Tingkatkan Aliran Tunai KWSP Jika Pengeluaran Akaun 1 Dibenarkan Kerajaan

Baca juga


Najib: Dua Cara Tingkatkan Aliran Tunai KWSP Jika Pengeluaran Akaun 1 Dibenarkan Kerajaan

 


KUALA LUMPUR - Kerajaan boleh menaikkan semula kadar caruman statutori bulanan majikan dan pekerja pada masa depan jika pengeluaran simpanan Akaun 1 dibenarkan ketika rakyat berdepan tekanan ekonomi, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kadar caruman sering diturunkan pada masa ekonomi perlukan suntikan. Ini juga dilaksanakan pada Feb tahun ini apabila kadar caruman statutori pekerja diturunkan dari 11% ke 7%.

“Mereka yang mengeluarkan wang dari Akaun 1 dan Akaun 2 (melalui skim i-Lestari) boleh dinaikkan kadar caruman ini selepas ekonomi bertambah baik agar mereka boleh memulihkan simpanan usia tua mereka dalam KWSP,” katanya di Facebook, malam ini.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan juga mempunyai tanggungjawab membuka peluang kepada KWSP menjana keuntungan menerusi projek yang menguntungkan seperti yang dilakukan ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Antara projek bernilai tinggi membabitkan KWSP adalah projek Kwasa Damansara, projek Battersea di United Kingdom dan Lebuhraya PLUS.

Katanya, 2 kaedah mampu meningkatkan kembali aliran tunai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) jika pencarum dibenar mengeluarkan simpanan Akaun 1 mereka.

“Hakikatnya, dividen KWSP masa saya perdana menteri adalah antara yang tertinggi sejak 20 tahun lalu.

“Sebab itu, saya tak bimbang pencarum keluarkan duit sekarang pada masa paling terdesak sebab saya tahu kerajaan boleh bantu memulihkan simpanan KWSP jika berniat untuk jaga kroni saya, iaitu rakyat,” katanya.

Terdahulu, Najib mengesyorkan supaya kerajaan membenarkan pengeluaran ‘one-off’ dari Akaun 1 sehingga RM10,000 secara bulanan bagi tempoh 3 hingga 6 bulan, sekiranya KWSP bimbang akan tertekan dari segi aliran wang tunai jika kerajaan membenarkan pengeluaran sekali gus oleh pencarum.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan bahawa pencarum akan berdepan masalah besar pada masa akan datang jika kerajaan membenarkan wang daripada Akaun 1 KWSP dikeluarkan.

Katanya, beliau menyedari bahawa cadangan membolehkan pengeluaran wang Akaun 1 KWSP disebabkan rakyat terbeban dengan impak ekonomi susulan penularan wabak Covid-19. #sumber



Demikianlah Artikel Najib: Dua Cara Tingkatkan Aliran Tunai KWSP Jika Pengeluaran Akaun 1 Dibenarkan Kerajaan

Sekianlah artikel Najib: Dua Cara Tingkatkan Aliran Tunai KWSP Jika Pengeluaran Akaun 1 Dibenarkan Kerajaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib: Dua Cara Tingkatkan Aliran Tunai KWSP Jika Pengeluaran Akaun 1 Dibenarkan Kerajaan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/10/najib-dua-cara-tingkatkan-aliran-tunai.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Najib: Dua Cara Tingkatkan Aliran Tunai KWSP Jika Pengeluaran Akaun 1 Dibenarkan Kerajaan"

Catat Ulasan

Loading...