Loading...

Nik Sharif permata baharu Pahang

Loading...
Nik Sharif permata baharu Pahang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nik Sharif permata baharu Pahang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nik Sharif permata baharu Pahang
link : Nik Sharif permata baharu Pahang

Baca juga


Nik Sharif permata baharu Pahang

Oleh Asrol Awang - Oktober 13, 2020 @ 12:32pm

sukanteam@nstp.com.my



Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim (jersi kuning) ketika bertemu PDRM pada aksi Liga Super - Foto ihsan FB Pahang FA.

KUANTAN: Jurulatih Pahang, Dollah Salleh menyifatkan pemain tengah pasukannya, Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim sebagai permata baharu skuad Tok Gajah.

Katanya, ia selepas prestasi mantap yang dipamerkan pemain kelahiran Kuantan itu pada tiga perlawanan terdahulu.

"Dalam tiga aksi berturut-turut itu, Nik Sharif berjaya menjaringkan tiga gol, masing-masing satu pada setiap perlawanan. Bagi saya, Nik Sharif permata yang mula berputik. Oleh itu, saya harap dia dapat mengekalkan prestasinya terutama pada saingan Piala Malaysia nanti," katanya.

Kelmarin, Nik Sharif menjaringkan gol tunggal Pahang ketika tewas 1-2 kepada Terengganu FC (TFC) manakala dua lagi ketika skuad Tok Gajah menewaskan Kedah 2-1 dan terikat 3-3 berdepan Perak.

Mengulas gandingan Nik Sharif dan Faisal Abdul Halim, Dollah mengakui gembira dengan keserasian dipersembahkan dua pemain muda itu.

"Nik Sharif dan Faisal menunjukkan persefahaman baik dan mampu memberi tekanan kepada pertahanan lawan seperti pada perlawanan menentang TFC. Namun, ketiadaan Faisal akibat kecederaan mengganggu percaturan dalam memperkasakan jentera serangan," katanya.SUMBER BH ONLINE



Demikianlah Artikel Nik Sharif permata baharu Pahang

Sekianlah artikel Nik Sharif permata baharu Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nik Sharif permata baharu Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/10/nik-sharif-permata-baharu-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nik Sharif permata baharu Pahang"

Catat Ulasan

Loading...